Halaman

Ahad, 3 Jun 2012

petronas meletup sebab rosmah.


 Tan Sri Mohd Hassan Marican menyertai Petronas pada 2hb Februari 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan. Dia meninggalkan Petronas pada 10hb Februari 2010 sebagai Presiden dan CEO -- hampir 21 tahun selepas menyumbangkan dedikasi khusus untuk negara.
Tan Sri Hassan Marican kini bekerja untuk Kerajaan Singapura -- SembCorp lebih tepat lagi, sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Syarikat ini dibawah kawalan pelaburan Kerajaan Singapura, Temasek Holdings.
Pengerusi Temasek Holdings ialah seorang lelaki bernama Mr S Dhanabalan. Bukan sahaja seorang 'Tuan' yang hidup sederhana tetapi juga seorang lelaki India. Tidak pernah dengar namanya. Hindraf patut turun ke Singapura dan ambil perhatian perkara ini.

Jadi kita kehilangan TSHM kepada rakyat Singapura. Ini ialah satu lagi contoh biasa penghijrahan cendekiawan hebat yang berlaku. Tapi kali ini mereka berjaya mendapat individu yang memang penting. Mungkin yang paling hebat setakat ini.

Mengapa?

Mengapa perlunya TSHM untuk meletakkan jawatan (atau dipaksa untuk meletakkan jawatan atau disingkirkan atau dipecat atau apa sahaja)?

Ia jelas sekali dia masih boleh kerja. Jelas sekali otaknya masih berfungsi dengan baik jika tidak Singapura tidak akan mengambil dia.

Dia menjalankan sebuah syarikat minyak antarabangsa yang sangat dihormati dan dia mengusahakannya dengan sangat baik. Disebabkan itu TSHM sangat dihormati di seluruh dunia. Mengapa kita perlu kehilangan sebuah permata yang baik, terutama kepada Singapura?

Apa yang telah terjadi?

Biar saya beritahu anda.

Begini, terdapat seorang wanita dengan yang huruf awalan RM. Tidak, saya maksudkan Ringgit Malaysia, tetapi ianya perkara yang sama. Anda tahu saya bercakap tentang siapa.

Sebaik sahaja RM menjadi Wanita Pertama dia memanjat memasuki 'balang biskut'. Sebelum ini dia hanya memasukkan satu tangan sahaja. Sekarang suaminya PM dan ia menjadi lebih mudah. Bermacam macam kontrak semua boleh dapat. Sebut nama suami saja, hei bingo!

Jadi RM telah menghantar PM berjumpa TSHM. PM meminta TSHM menghentikan melabur wang Petronas di luar negara dan mula melabur semua berbilion-bilion itu di Malaysia sahaja.

TSHM bukan orang bodoh. Dia tahu daripada membiarkan berbilion-bilion ringgit ini terus ke dalam tangan lelaki UMNO ini dan kroni-kroni mereka lebih baik wang ini dilaburkan dengan betul, daripada jangkauan kotor mereka, supaya sekurang-kurangnya generasi akan datang akan dapat menikmati serdak kemewahan negara daripada dirampas semuanya oleh samseng-samseng ini.

Jadi TSHM memberitahu PM untuk berambus tanpa perkataan tertentu.

PM memberitahu kepada RM TSHM memberitahunya berambus, jadi RM merasa benci dengan TSHM dan menyuruh PM untuk ke tepi dan dia akan tangani dengan caranya sendiri.

Jadi RM, seperti biasa, mula mewujudkan syarikat-syarikat baru dengan konco-konconya di depan dan dia di belakangnya, tetapi kali ini pengkhususannya ialah industri minyak & gas. Apa macam kontrak boleh bikin. Bagi lah kita. Lagipun suami saya PM jadi anda kena bagi sama ada anda suka atau tidak.

Tetapi RM memandang rendah prinsip-prinsip TSHM yang dipegang dan tersemat di jantungnya.

Tiada syarikat boleh mendekati Petronas melainkan ia memenuhi kriteria-kriteria yang ketat seperti termaktub di dalam kontrak. Bukan sahaja anda perlu bagus untuk mendapatkan kontrak Petronas, anda perlu sangat, sangat baik.

Syarikat-syarikat RM tidak bagus sedikit pun. Mereka pada umumnya hanya bagus dalam penyamaran seperti pakaian remaja-remaja yang menyertai kem khidmat negara kerajaan (idea RM juga!) atau permaidani baru di kediaman PM yang baru dibaik pulih.

RM beritahu TSHM jangan risau. Serahkan sahaja kontrak dahulu kemudian kami akan baiki isu kriteria kecil ini. Permaidani, minyak & gas… benda sama.

TSHM berkata 'tidak boleh…pergi berambus'.

Kebencian RM semakin meluap-luap. Kamu tidak boleh membuat hal kepada Wanita Pertama seperti itu. Telinga PM bingit apabila beliau pulang ke rumah dari kerja pada hari itu. RM mahu TSHM keluar dan yang lain adalah sejarah.

PM turuti apa yang RM mahukan dan berkata kepada TSHM….”Maaf brudder apa boleh buat? Isteri I ganas lah. Tetapi tidak mengapa, saya akan melantik anda sebagai 'Penasihat Khas kepada saya berkaitan isu Gas dan Tenaga'.

Ini tidak pernah berlaku. TSHM ialah seorang lelaki bermaruah. Empat bulan kemudian dia dengan gembira bekerja di Singapura dan penduduk Singapura mentertawakan rakyat Malaysia kerana mereka telah menjadi begitu bodoh dalam jangka masa yang pendek.

Sekarang kita perhatikan. Dato Shamsul Azhar Abbas sekarang ialah Presiden dan CEO PETRONAS. Mari kita lihat jika Petronas melabur lebih banyak di Malaysia mulai sekarang dan biarkan kami melihat sama ada Petronas meminda kriteria-kriterianya ketatnya supaya dapat dipenuhi oleh si pembuat-pembuat permaidani atau tukang jahit. Mari kita letakkan harapan agar lelaki ini patuh kepada prinsip-prinsip yang sama sebagai TSHM. Kita akan tahu tidak lama lagi jika dia benar seorang yang berkaliber.

Jika dia juga berakhir di Singapura, anda tahu dia adalah korban sembelihan Yahudi.

Terjemahan : The Petronas poltergeist
Malaysia Today

umno kew umngok?


UMNO yang berada di ambang sakaratul maut terusa mengamalkan demokrasi ala jakun bagi memastikan kelangsungan kuasa pemerintahan berada di pihaknya. Indeks Kebebasan Media yang dikeluarkan oleh satu badan penganalisa antarabangsa menunjukkan Malaysia berada pada ranking ke- 166 dari segi kebebasan media.

UMNO yang mencipta Perlembagaan Negara mencabulinya sendiri tanpa rasa segan dan silu kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan mahkamah membebaskan peserta Himpunan BERSIH dalam penghakimannya menegaskan pihak polis telah melanggar Artikel 11 - Kebebasan Beragama semasa menangkap para peserta tersebut'.

UMNO cuba menipu rakyat untuk memulihkan imejnya dengan mengumunkan kejayaan pertumbuhan ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama barang keperluan asas rakyat dinaikkan harga seperti gula, gas memasak, minyak diesel dan RON95.

Banyak pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh UMN/BN seperti bayaran pampasan RM400 Juta kepada kontraktor akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau, Johor.

Sebanyak RM28 Billion wang negara hilang setiap tahun akibat perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahguaan kuasa para pemimpin UMNO/BN dan wang ini adalah wang rakyat sendiri bukannya wang dari poket seluar mereka.

UMNO mula cemas apabila hilang pengaruh dan sokongan orang Melayu kerana UMNO sebuah parti politik perkauman yang survival politiknya hanya bergantung kepada orang Melayu sahaja. Masyarakat orang Melayu di bandar dan orang Melayu di pinggir Bandar (semi urban) telah lama meluat, loya dan menyampah dengan UMNO. Hanya orang Melayu di luar bandar dan peneroka FELDA yang menjadi penyokong kuat UMNO.

UMNO menggunakan media cetak, media massa dan media elektronik untuk meracuni fikiran dua golongan orang Melayu ini dan terpaksa mengamalkan demokrasi ala jakun untuk memastikan mereka mendapat maklumat sehala sahaja iaitu dari UMNO sahaja,...

Dalam masa yang sama dua golongan ini menganggap apa sahaja yang dibaca di akhbar, di dengar di radio dan ditonton dalam tv adalah benar dan sahih, jadi menjadi tugas kita semua mengubah persepsi golongan ini jika inginkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Lihat apa yang berlaku di PRK DUN Galas di Kelantan, isu banjir di Kedah, isu wang loteri di Pulau Pinang dan isu orang bukan Islam memasuki masjid dimana pihak yang dituduh langsung tidak diberi ruang dan peluang untuk membuat penjelasan dan mempertahankan diri, inilah dia Demokrasi Jakun namanya...

Setelah selesai isu tersebut, UMNO mula mengasak dengan isu ketuanan melayu dan dimainkan isu agama seperti kebakaran gereja dan kepala babi dalam masjid supaya orang Melayu akan berasa panik dan cemas lalu mencari UMNO untuk menyelamatkan diri.

UMNO memasukkan doktrin Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu dan hanya UMNO yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan, kita hendak tegaskan di sini semua sandiwara ini adalah karut dan primitif kerana sudah 20 tahun UMNO berkubur di Kelantan tetapi negeri tersebut tetap mambangun dan maju....

Bila Dato' Tuan Guru Mursyidul Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS turun berjumpa dengan wakil - wakil gereja barulah isu ini mula sejuk dan terpadam kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan Islam bukan dengan cara perkauman seperti di zaman jahilliyyah dulu....

Masih ingatkah kita dengan Tulisan Jawi, Akhbar Jawi, Bahasa Melayu dan biasiswa kepada anak Melayu yang cerdik bertukar menjadi PTPTN, siapa yang menghapuskannya kalau bukan pemimpin UMNO yang berkuasa yang celaka ini,...

UMNO lah yang membuat persempadanan semula menjadikan suara wakil rakyat berbangsa Melayu menjadi kurang di Parlimen, mereka tidak menambah kerusi parlimen di negeri yang orang Melayu menjadi majoriti kerana bimbang dimenangi oleh pembangkang'....

Jadi kita meminta rakyat membuat perubahan dalam PRU Ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini untuk mengelakkan kampung terus tergadai dan lenyap angkara perbuatan pemimpin UMNO sendiri.

apew nak jadi???????


Apa benda yang dorang merepek neh hah? Kalau anjuran swasta ada maafnya lagi. Tak habis2 kerajaan kita anjurkan program hiburan sana sini. Bosan tau tak bosan. Apa kata anjurkan program mendengar keluhan rakyat di seluruh malaysia. Lagi bagus apa.

Cadangan aku, najib dan tipiem pergi dari satu daerah ke satu daerah yang lain, buka kaunter dan dengar apa benda yang rakyat nak complain. Buat dari sabah sampai ke johor. Program2 hiburan neh toksah buat dan anjur lagi. Kami dah jemu dengar piem dok pongpang sana sini kat tv dan segala jenis medium.

Lagipun banyak bajet diperlukan untuk buat program2 takde faedah kepada rakyat seperti video kat bawah neh ;

 

Jadi jika nak jimat, piem hanya perlu lapangkan masa dan buka kan minda dengan berlapang dada mendengar dan memahami keluhan rakyat. Cuba jangan klise. Ingat orang hadap sangat ka program2 nyanyi neh? Baik buka youtube tengok super junior menari lagi best apa.

kah kah kah

Oke cakap pasal video kat atas neh plak.

1. Video neh dirakam ketika program sempena bn pilihan orang muda.

2. Maksudnya program neh anjuran bn larh.

3. Ada tarian menari. Satu program yang sia2. Kalau sungguh nak bantu orang muda baik jangan jadi klise dengan hulur benda2 nyanyi apa seme. Bagi something yang boleh belia2 manfaatkan untuk mengubah kehidupan dorang lagi bagus.

4. Program neh dibuat kat kedah. Kat dewan IPDA. Apa benda IPDA tue? Tah larh. Aku dah tanya tukang upload video tapi dia tak jawab lagi. Cuma aku baca kat situ dia cakap bn pinjam dewan ipda untuk buat program mereka tetapi tiada kena mengena dengan budak2 IPDA. 

Sumber klik sini.

Korang boleh perhatikan dalam video tersebut ada banner dan mereka2 yang berbaju bn. Itu bukti yang jelas mengaitkan bn dengan program tersebut. BN oo BN.. bukanlah rakyat nak benci ko sangat tapi tindakan ko memang membencikan larh. 

Takan takde sorang pun dalam kabinet najib boleh berfikir bahawa buat program dengar masalah rakyat adalah sejuta kali lebih bagus dari buat program nyanyi2? Itupun nak kena suruh. Seksa betul larh jadi rakyat yang hidup bawah pentadbiran bien neh. Siyes.

yaba sempoi : Penat tengok dah..

nilai seorang sahabat


gambar puisi rindu sahabat sejati

=========================================================

Saat itu kita bersama-sama, susah senang dan duka
Ketika dirimu dirindung pilu, aku pun ada disampingmu
Tapi ada satu yang kamu tidak ketahui, ketika ku memikirkan bagaimana hari esok
Dan bagaimana kita merangkai, semuanya jika kita masih bersama…..
Rasa inginku untuk bersamamu itu sangat lebih
Disaatku bertemu denganmu pada hari itu

Tetesan air mata ku tak terbendung sedikit pun
Pertanda rinduku selama ini tercapai… sahabat kemana saja engkau pergi..?
10 tahun lamanya kita tak jumpa, masih ingatkah engkau saat kita di sebuah saung kecil, dimana saat itu hujan lebat, kau bilang kepadaku
“kitaakan selamanya seperti ini, berdua tak ada yang memisahkan”….

Sahabat, rinduku telah terbayar akan hadirnya dirimu…
Terimakasih atas semuanya jika kita bisa bertemu lagi, akan ku ajak engkau mengelilingi kota  bersamaku…

kesedihan


puisi

Tambah kapsyen
  Puisi Rindu
Segurat wajah sendu... Seuntai syair pilu...
Sepotong hati yang b
Tambah kapsyen
erbalut rindu..
Rindukan hadirmu, rindukan senyummu..
Tuhan di Surga.. trimakasih tlah kau Kirim
Dia yang sangat berarti
Untuk hidupku
Dia pelangi hatiku, warnai hariku...
Sepotong asa didada untuk tetap ada, takkan sirna
Kini... nanti... dan sepanjang masa.

puisi rindu


           Puisi Rindu
Awalnya ku tak sungguh2 mnyukaimu
kemudian sedikit demi sedikit
Ku mulai mnyayangimu
Tapi kini kau seperti
Semkin terasa jauh dariku
Tak tahu ku kenapa begitu
Seperti daun yang tertiup angin
Entah sanggup ku raih entah tidak
Aku merindukanmu
Sangat amat merindukanmu
Aku hanya bisa menuliskannya pada Selembar kertas putih yang bersih
Betapa ku merindukanmu
seperti ratusan liter air yang berada di pantai
seperti itulah rinduku padamu

aku suka die

Aku lihat dia disana 
Aku ingin mendekatinya 
Aku cuba 
menghampirinya 
Lalu aku menyapa dia 
Dia pun membuka bicara 
Dan aku mulai 
mengenalnya 
Kita mulai bermain mata 
Mula timbul rasa bahagia 
Bila dia, mendekati 
diriku 
Hatiku rasa sesuatu 
Bila dia, senyum pada 
diriku 
Hatiku rasa tak menentu 
Kekadang hati ku 
bertanya 
Adakah dia dah berpunya 
Kerana diriku berasa 
Aku jatuh hati padanya 
Aku ingin memilikinya 
Aku ingin menjaga dia 
Aku ingin mencinta dia 
Aku ingin hidup 
dengannya 
Bila dia, mendekati 
diriku 
Hatiku rasa sesuatu 
Bila dia, senyum pada 
diriku 
Hatiku rasa tak menentu 
Mungkinkah aku, kan 
berjumpa dengannya 
Untuk meluahkan rasa 
Mungkinkah aku, kan 
berdiam diri saja 
Menunggu cinta darinya 
Ku terima satu nota 
darimu 
Yang tertulis ‘Aku suka 
kamu’ 
Bila dia, mendekati 
diriku 
Hatiku rasa sesuatu 
Bila dia, senyum pada 
diriku 
Hatiku rasa tak menentu 
Akhirnya kini ku kan 
mampu ceria 
Diriku sangat gembira 
Akhirnya kini, aku mulai 
bahagia 
Menerima cinta darinya 
Aku suka dia

Tambah kapsyen

Sebenarnya usia tu kita tak tau pun akhirnya bila, sering dikaitkan dengan umur yang senja, tapi senjanya umur itu siapa yang tahu? Hehe.. Saje je bagi suspen.. Sengaja aku pilih tajuk ni untuk dikaitkan dengan isi yang akan aku ceritakan nanti.. 
Seperti biasa dalam bulan syawal nie, mak bapak aku akan buat puasa enam.. Ganjaran yang sangat besar seperti yang kita tahu.. Dan secara automatiknya aku akan makan luar.. Takkan lah aku nak sedap makan depan mak bapak aku yang puasa.. Dan tempat yang aku tuju port biasa lah.. Melayan mee goreng dia yang superb tu.. 
Kebiasaannya orang dah tau si pembuat mee goreng nie memang agak lambat kerja dia.. Masa tu aku sorang je pun dia ambil masa dekat sejam untuk menyiapkan mee goreng dan air jagung.. Kesimpulannya, siapa yang sanggup tunggu je pegi kedai dia.. Bagi aku tak kisah, walaupun perut dah lapar giler.. Sebab aku tau dia memasak macam dia masakkan untuk anak2 dia.. 
Sampai je mee goreng aku dia pun buat luahan perasaan (dia dah biasa dengan aku, selalu pegi situ, dating pun kat situ).. lebih kurang berbunyi� 
“angah bukan saje2 nak buat lambat.. tapi memang angah buat macam tu.. kadang rasa tak sedap buat orang tunggu lama2..” katanya semacam ingin katakan padaku yang lama menunggu.. 
“saya tak kesah pun ngah.. kalau saya tak tahan nak tunggu saya dah blah dah tadi..” kononnya ingin memujuk.. 
“angah bukan apa.. cuma penat.. semua kerja buat sorang2.. kalau nak ikutkan hati angah nak tutup je kedai nie.. tapi angah suka berniaga nie.. angah laki kau tu, bukan tau nak tolong.. dimarahnya lagi ada lah! nak ambil orang berkerja tak dibaginya.. tapi dia pulak tak mahu menolong..” dah masuk kisah rumahtangga pulak.. aku layan jerr… 
“angah nie pun manusia jugak.. ada hati, ada perasaan.. kita kalau lama2 dibuat macam nie kita boleh tahan sampai bila.. hari tu, ada jer yang nak kawin dengan angah.. dia ingatkan angah dah takde laki.. kalau ikutkan hati nie, mau aje angah ikut laki tu.. harta ada bendang banyak.. tak payah susah2 buat kerja..” 
“angah tak pernah pun mintak duit kat angah laki kau tu.. nak beli baju ke, beli apa2lah semua dari duit kedai nie.. angah pegi haji pun dari duit kedai nie.. angah makin lama makin penat! anak2 angah ramai je ajak duduk dengan dorang.. tapi angah tak nak.. takkan angah nak tinggalkan angah laki tu sorang2 kan..” 
Aku hanya layan luaha
n angah sambil makan mee goreng dia tu.. Aku tak berani nak campur apatah lagi nak nasihat urusan rumah tangga orang nie.. Aku tak berani nak komen banyak.. Aku belum kawin dan belum sampai ke tahap itu.. Maka memang tak layak aku nak memberikan apa pun nasihat.. Aku cuma mampu cakap berulang “aah” “yelah” “sabar je la ngah” .. 
Hampir sejam juga 
aku melayan kerenahnya.. Masih banyak yang diceritakan.. Apakan daya, memori aku sudah penuh untuk diisi.. Mata aku pun dah melayang2 sebab perut dah penuh.. Aku bayar dan balik sambil renung balik apa yang dikatakan.. 
Semakin berusia semakin cepat hati itu tersentuh.. Mungkin di masa mudanya bertepuk tampar dianggap gurauan, di masa tuanya dianggap kekasaran.. Belaian dan kasih sayang itu diperlukan di setiap usia.. Bukan saja di awal percintaan sahaja..

perangi hawa nafsu satu pengorbanan


Peperangan menentang hawa nafsu adalah merupakan satu bentuk pengorbanan yang paling besar untuk membentuk jati diri sendiri dan kemaslahatan umat. 

Perangi hawa nafsu menuntut kesabaran yang tinggi dan ketaqwaan yang teguh dalam mendidik jiwa sentiasa beristiqamah melakukan kebaikan dan menjauhi segala bentuk kejahatan. 

Perkara ini jelas disebutkan di dalam ayat al-Quran, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. 

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)Perangi hawa nafsu adalah merupakan perjuangan yang paling besar. Ia adalah utama dari peperangan mempertahankan diri. 

Hal ini bersesuaian dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda pulang dari peperangan Badr, "Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad yang besar. Para sahabat bertanya, "Apa jihad besar itu?, Nabi SAW menjawab, "Jihaad al-qalbi (jihad hati). 

Setiap orang juga berpotensi memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. 

Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu dan kelemahan manusia adalah berpunca daripada godaannya. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti kita akan menempuh kebinasaan. 

Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam ayat al-Quran, “Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam, 59)

Kehidupan adalah satu bentuk perjuangan melawan hawa nafsu. Sesiapa yang mampu melawan hawa nafsu, maka Allah akan memberikannya kemenangan dan dipermudahkan segala urusan. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah S.W.T. 

Abu Hamid Imam al- Ghazali menyebut terdapat tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu, iaitu Nafs al-Muthmainnah, Nafs al-Lawwamah, dan Nafs al-Ammarah al-Suu’.

Nafs al-Muthmainnah merupakan nafsu yang tenang yang mana ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Dengan kata lain mereka yang mampu menguasai terhadap  hawa nafsunya. 

Manakala Nafs al-Lawwamah ialah nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri. Keadaannya adalah ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Mereka yang sentiasa dalam bertarik tali melawan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu. 

Nafsu yang ketiga adalah Nafs al-Ammaarah al-Suu’ iaitu nafsu yang mengajak kepada keburukan. Keadaanya adalah Ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik. Mereka inilah yang hawa nafsu sepenuhnya telah dikuasai dan tidak dapat melawannya sama sekali.

Namun, dewasa ini, seringkali kita mendengar berita-berita tentang gejala sosial. Penyakit ini sebenarnya telah menular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai kes dilaporkan setiap hari mengenai jenayah yang dilakukan, antaranya kes penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, samun, rogol, bunuh dan pelbagai kes yang melibatkan undang-undang negara. 

Namun persoalannya, mengapa kes seperti ini semakin menjadi-jadi? Sudah tentu masyarakat terbiasa menjadikan hawa nafsu sebagai satu ikutan tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh diri mereka sendiri. 

Perkara ini dinyatakan oleh sebahagian orang bijak "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Kehidupan yang berlandaskan syariat mampu menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perangi hawa nafsu mampu memberi jaminan kebahagiaan kehidupan. Jaminan kebahagiaan ini adalah ditentukan oleh diri sendiri kerana diri sendiri berhak memilih jalan yang harus ditempuh. 

Jika jalan yang diambil adalah jalan kebahagiaan di akhirat, maka sudah pasti kebahagiaan dunia akan dapat dikecapi oleh setiap individu muslim. Perkara ini disebut oleh Allah s,w,t di dalam ayat al-Quran, 

“Barang siapa beramal soleh sama ada lelaki dan wania sedang dia mukmin, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik (bahagia) dan Kami akan tunaikan kepada mereka dengan ganjaran mereka yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”(An-Nahl: 97) 

Cerminan hati juga diukur dari sudut ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Hati dilahirkan fitrah dan suci serta menjadi kewajipan kepada hamba-hambaNya mengisi kekosongan hati dengan beribadah kepadanya. 

Pengisian jiwa dengan syariat Islam serta keindahan akhlak Islam mampu mendidik hati melawan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang ditegah oleh Allah s.w.t. Setiap muslim harus melaksanakan tuntutan-tuntan Allah s.w.t.. Kewajipan ini dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah al-Imran ayat 104, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.”


Istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan mampu menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah kebinasaan. Diri mampu terdidik dengan kebiasaan melakukan kebaikan dan merasa akan sentiasa perlu menjaga hati daripada segala bentuk kemaksiatan. 

Istiqamah dalam penjagaan diri dan hati perlu diselaraskan dengan panduan pegangan agama agar kehidupan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah. 

Di dalam surah Hud ayat 12, Allah s.w.t berfirman, “Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Kesimpulannya, peperangan melawan hawa nafsu merupakan peperangan yang paling utama kerana ia melibatkan penjagaan hati, diri dan iman. 

Setiap Muslim berkewajipan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dengan menjaga anugerah diri dan hati sebaik mungkin. Dengan memerangi hawa nafsu, kehidupan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah. 

Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Mereka bersukacita (bergirang hati) kerana memperoleh nikmat dan kurnia dari Allah. Dan (kerana) sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan ganjaran orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran: 171

antara cinta benar dan cinta palsu

Tambah kapsyen
Inikah cinta? Jika benar ini cinta, adakah ianya dihalalkan dalam Islam? Antara maksud cinta ialah berkasih sayang. Inikah tanda remaja mencurahkan rasa cinta mereka? Atau inikah dinamakan pengorbanan? Terlalu banyak persoalan yang bermain-main dibenak. Siapakah yang mampu menjawab semua soalan ini. Sudah tentu mereka yang benar-benar mengerti apa itu cinta. Apabila diperkatakan pada zaman ini cinta itu haram sebelum berkahwin, maka ramai remaja akan memberontak yang memberi seribu alasan untuk memper
tahankan cinta mereka. Jika cinta yang dipertahankan itu satu ibadah tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika cinta yang dipertahankan itu adalah cinta maksiat. Apakah ianya harus dipertahankan???????????

meh dengor ea......


jom berpoker....

aku masih sayang kamoooo



Tambah kapsyen
amin ya robbal alamin
:-)
terasa bingung lepas mak aku kater aku anak derhaka.....
aku cumer ingin bawak kew hospital tuk  ubat kan die.....
adkah aku ini anak derhaka???????
salah kah aku nak bawak mak aku kew hospital?????
knp lafaz 2 kluar dri mulut ibu yang aku sayang??????
derhaka kah aku nie??????/
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fdigg.com%2F!dbBm2HB&h=xAQEbjpM4AQHauGtWel7IxUUsbIMA8zIbvrfIViXVexQCnw