Halaman

Selasa, 5 Jun 2012

Sejarah Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu Sengaja Disembunyikan


khilafah
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah).

Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Khalifah Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M.

Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara walaupun masih beragama Hindu tetapi mengakui kebesaran dan kekuasaan Khilafah.

Pelbagai kenyataan sejarah menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. 

Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan 'kesatuan' sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah sebuah Negara Islam Global.

Khilafah amat dihormati oleh umat Islam. Umat Islam melihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang dikenang sebagai ingatan dan sebagai prinsip yang perlu dicapai. Harapan munculnya Khilafah tidak akan hilang kerana umat Islam ingat kekuatan mereka di zaman silam dan melihat kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa hadapan.


Sultan Abu Bakar
Hubungan Erat Kerajaan Johor dengan Khilafah

Jika dilihat asal-usul Johor, ia berasal dari perkataan Arab ‘Jauhar’ yang bermakna permata. Hubungan Johor dengan Khilafah amat akrab khususnya sejak 1885 (Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar) hingga 1922 (Johor diperintah Sultan Ibrahim).

Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota Khilafah Uthmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. 

Hikayat Johor meriwayatkan:
"hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam."

Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). 

Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia).

uthmaniyah
Bendera Khilafah Uthmaniyah
Antara bukti tinggalan sejarah hubungan erat ini ialah:

1) Bendera Johor
2) Perkahwinan diraja, waris keluarga Dato' Onn, keluarga Prof Ungku Aziz.
3) Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah.
4) dan banyak lagi bukti lain.


Kesedaran dan Kebangkitan

Kini, semakin lama, umat Islam semakin sedar rahsia yang sengaja disembunyikan. Penyatuan umat Islam amatlah diperlukan agar musuh Islam tidak terus bermaharajalela di sana-sini. Bangkitlah kita bersatu tanpa mengenal bangsa, warna kulit mahupun parti politik. Tinggalkan fahaman-fahaman liberal, sekular serta berbagai-bagai lagi fahaman yang sesat lagi menyesatkan khas ditujukan buat insan-insan yang memiliki kekuasaan agar kembali kepada syariat Islam dilaksanakan secara keseluruhan.

Sumber dan  huraian dari:
Khilafah Islamiyah Dan Alam Melayu “Sejarah Yang Disembunyikan”
Dr. Sallehuddin Ibrahim, Syabab Hizbut Tahrir Malaysia

Lihat slide powerpoint
http://www.slideshare.net/cucur/khilafah-di-alam-melayu 

Lihat video

Palestin - Malaysia, Kita Sama dan Kita juga Berbeza

ARRAYAH.INFO, Palestin, 13 Julai 2011 - Rakaman video daripada jurucakap Hizbut Tahrir Palestin telah berjaya dirakamkan sempena Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 pada 26 Jun 2011 yang lalu.

Dalam ucapan ringkas mereka yang ditujukan khas kepada umat Islam di Malaysia. Mereka menyentuh mengenai kebangkitan umat Islam di seluruh dunia menentang pelaksanaan hukum taghut ciptaan manusia, penyelewengan dan kejahatan pemerintah kaum Muslimin serta persekongkolan mereka dengan kuffar Barat.

Kesemua jurucakap Hizbut Tahrir ini menyeru dan amat mengharapkan agar umat Islam di Malaysia turut sama bergabung dalam usaha Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk mendirikan Khilafah.

Berikut adalah video Seruan dari Hizbut Tahrir Palestin di Konfrens Kebangkitan Khilafah 2011:-




Berikut di bawah adalah salinan teks seruan oleh Syeikh Issam Ameera dari Hizbut Tahrir Palestin: -

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan keluarga dan sahabatnya dan yang sesudahnya.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
(Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah).

Wahai saudara dan saudari yang berkumpul dalam konferens yang menghidupkan peringatan tahunan, tahun yang ke 90 keruntuhan Khilafah Islamiyah.

Saya ucapkan kepada kalian dengan ucapan Islam; Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya, saya kirimkan kepada kalian ucapan salam kami dari bumi Palestin yang diberkati dari Baitul Maqdis dari lingkungan Masjidil Aqsa yang diberkati dengan mengharapkan kejayaan bagi kalian dalam konferens kalian ini.

Serta mengharapkan dari Allah SWT agar Dia menerima dari kalian dan menjadikannya dalam timbangan kebaikan kalian dan menjadi langkah menuju penegakan Khilafah Rasyidah Kedua mengikut jalan kenabian.

Saudara dan saudari sekelian, terdapat banyak perkara yang dikongsi bersama di antara Malaysia dan Palestin.

Pertama, bahawasanya kedua-dua negara adalah negara umat Islam yang dibebaskan oleh orang Islam dari pemerintahan kufur satu demi satu sejak hari pertama daulah Islam.

Kedua, kedua-dua negara ini memiliki kepentingan yang istimewa pada perkara yang berkaitan aspek geografi dan spritual dan kedua-duanya berada dalam konflik dengan kuasa penjajah dan para salibiyin.

Ketiga, kedua-dua negara ini menderita oleh campur tangan luar yang ganas dan terjadi pemisahan beberapa bahagian dari tanah mereka yang membawa kepada tertegaknya dua negara kanser, iaitu Singapura dan Israel.

Keempat, kedua-dua kerajaan di Palestin dan Malaysia adalah kerajaan nasionalis. Kedua-duanya tidak berhukum sesuai dengan syariat Islam bahkan mengambil pendirian menghalang kembalinya Khilafah.

Kelima, bahawasanya wujud aktiviti dakwah intensif untuk menegakkan Khilafah di kedua-dua negara ini sebagaimana keadaannya dengan aktiviti dakwah yang serupa diseluruh pelusuk dunia Islam.

Sepertimana yang kalian tahu bahawasanya kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di Bandar Rahmallah di Palestin pada 2 Julai 2011 dengan bantuan Allah SWT dengan tajuk 'Kemenangan Revolusi Adalah dengan Perubahan Mendasar dengan mendirikan Khilafah'.


Tetapi ada dua perbezaan penting antara kedua-dua negara ini; Malaysia dan Palestin.

Pertama yang memberikan Palestin keistimewaan melebihi Malaysia. Sementara yang

kedua, memberikan keistimewaan kepada Malaysia melebihi Palestin.


Kedua-dua perbezaan ini adalah

Pertama, fakta bahawa Palestin adalah bumi yang disucikan disebabkan oleh Isra' dan Mi'raj sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran al-Karim pada pembukaan Surah al-Isra'

'Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.' (Surah al-Isra':[17]1)

Kedua, fakta bahawa Palestin terjajah secara mutlak. Manakala Malaysia adalah negara merdeka.


Saudara dan saudari, bahawasanya orang Islam di Malaysia, mereka tidak ragu lagi adalah lebih kuat dari saudara mereka di Palestin dan wajib datang dengan segera untuk menyahut seruan untuk menyokongnya yang diserukan oleh saudara mereka yang tertindas di Palestin serta membebaskan mereka dari penjajahan Yahudi.

Allah SWT berfirman:
'Dan sekiranya mereka meminta tolong kamu dalam agama, maka ia adalah kewajipan kamu untuk memberikan pertolongan.' (Surah Al-Anfal:[8]72)

Apakah yang kalian dapat lakukan untuk membantu mereka?

Maka siapa lagi yang menghalang kalian dari membantu mereka.

Barangkali apa yang kalian dapat lakukan adalah mengirim wang, doa, menunjukkan simpati kepada mereka, merasa kasihan dengan apa yang menimpa mereka. Tetapi ini tidak boleh menghilangkan penaklukan yang mencengkam mereka, bumi mereka serta tempat-tempat suci mereka dan tidak juga menjadikan kedua-dua kekuasaan, Abbas dan Hammas untuk memerintah rakyat dengan Islam atau setidak-tidaknya memberikan keizinan kepada para pejuang yang ikhlas untuk menegakkan khilafah, untuk mengadakan konferens atau keluar dengan bebas dalam perhimpunan atau Demonstrasi sebagai satu nusrah (membantu) Islam dan seruan kepada Khilafah.

Persoalan besar yang dikemukakan; kenapa kalian tidak mampu melakukan hal itu?

Dan jawapannya mudah sekali. Kalian wahai para kekasih tidak memiliki keputusan politik yang sesuai untuk melaksanakannya walhal pembebasan Palestin memerlukan kekuatan yang sebenar dan latihan yang baik, kelengkapan tentera yang lengkap, lalu melaksanakan arahan-arahan agar kalian bergerak di bawah panji
لا إله إلا الله محمد رسول الله


dan ini menuntut agar tiga halangan yang sangat sukar dapat diatasi untuk sampai ke sempadan Palestin.

Pertama, menjadikan keputusan politik dan ketenteraan yang sesuai.

Kedua, menghimpun kekuatan tentera yang diperlukan.

Ketiga, gerakan fizikal sebenar ke arah Palestin melalui jalan laut, darat dan udara.

Saudara dan saudari, sekarang kalian dapat menyedari dengan jelas betapa sukarnya kesukaran untuk sampai ke Palestin dan membebaskannya.

Bagaimana kalian boleh menjadikan kerajaan kalian mengambil keputusan yang sesuai kepada masalah ini?

Dan bagaiman kalian boleh untuk mengatasi kesukaran laut, udara dan darat untuk sampai ke Palestin dan apakah yang akan kalian lakukan jika kerajaan Singapura menghalang kalian untuk melalui negaranya dan bagaimana pula dengan pendirian Amerika dan Kesatuan Eropah dan juga NATO dan tidak lupa juga PBB dan si penjenayah Majlis Keamanan.

Apakah pendirian politik setiap kerajaan Indonesia, Sri Lanka, India, Pakistan, Afganistan, Iran, Iraq, Syria, Jordan dan lain-lain.

Saudara dan saudari, kenapa halangan ini berlaku ke atas kalian?

Jawapannya adalah kerana kalian sendiri juga merupakan bahagian terpisah dari dunia Islam.

Hali kalian pada perkara tersebut seperti halnya Palestin dan bahagian lain dari jasad Islam yang terpecah belah.

Benar bahawa Palestin hidup dalam hati kalian tetapi ini tidak cukup dan yang kami hendak adalah agar ia hidup di bawah kekuasaan Islam.. dan untuk merealisasikan tujuan yang suci dan besar ini wajib ke atas umat Islam bersatu di bawah satu panji,di bawah satu Daulah dan di bawah pimpinan satu Amir (Ketua)

Dan ini tidak boleh direalisaikan tanpa menegakkan Daulah Khilafah ar-Rasyidah Kedua mengikut metod kenabian.

Dimana saja di dunia Islam kemudian bahagian lain bergabung di bawah institusinya demi memulakan tugas membebaskan Iraq, Afganistan, Palestin, Chechnya, Kashmir dan bumi Islam lain yang dijajah hingga sampai ke Sepanyol dan Portugal di Barat dan mengembalikan Andalusia hingga kita sampai ke Timor Timur di Asia Tenggara dan Negara Islam bersatu, secara politik, geografi, ekonomi, spritual, masyarakat dan sebagainya.

Khilafah Rasyidah akan memikul dakwah Islam ke penjuru dunia yang lain melalui dakwah dan jihad fi sabilillah SWT untuk menyelamatkan semua umat di dunia dari kesengsaraan, kemiskinan dan penindasan, yang disebabkan oleh kapitalisme yang rosak

Saudara dan saudari, sebelum saya mengakhiri bicara kepada kalian ini, saya ingin mengulang harapan saya terhadap konferens kalian agar ia dapat merealisasikan kejayaan yang besar dan kami mengharapkan agar dua saudara kembar ini, Malaysia dan Palestin menjadi bahagian yang tak terpisahkan dari institusi Khilafah dalam masa terdekat.

Akhir seruan kami adalah segala pujian kepada Tuhan Sekelian Alam

Waffaqakumullah ra'akum wasadda alal haqqi khutakum.

Bolehkah Umat Memerangi Pemerintah Yang Zalim?

ARRAYAH.INFO, Selangor, 11 Ogos 2011- Jemputan Ke Forum Alternatif Fikrah Islam yang akan diadakan pada bulan Ogos 2011, bertajuk "Bolehkah Memerangi Pemerintah Yang Zalim?". 

Pelbagai persoalan yang melanda umat hari ini mungkin terjawab sama ada boleh atau tidak memerangi pemerintah yang zalim? 
  1. Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulama' sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadis-hadis yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan pemerintah atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan kaum muslimin.
  2. Namun, persoalan pemerintah yang tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan di kurun ini. Adakah pemerintah yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembagaan dalam masyarakat dan negara sekarang ini berada di jalan yang lurus?
  3. Apakah yang perlu umat lakukan sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam? Adakah diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin?
Tentulah sudah ada jalan yang telah ditunjuki oleh Rasulullah ('ala minhaj an nubuwah) dalam menghadapi masalah ini.