Halaman

Isnin, 18 Jun 2012

NERAKA UNTUK 7ANGGOTA


ALLAH menyediakan tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu neraka itu disediakan untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki.

Mata adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.


Mata yang dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba kekurangan.


Telinga hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bidaah. Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah atau untuk menuntut ilmu agama.


Lidah hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.

Lidah juga perlu digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri. 

Jika kita tidak menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka. 

Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan kepercayaan masyarakat kepada kita.

Perut. Memelihara perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan haram. 
Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.


Justeru, Islam menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi makanan dan mengisi perut dengan rezeki yang halal. 







Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram. Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah. 








Tangan. Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.


Kaki. Gunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian. 










Gunakan untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan kaki untuk melangkah ke syurga.

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM


1. DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

1.1 Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

doaedit
            Berdoa boleh mententeramkan jiwa
Surah Al-Baqarah(2):155Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

2.1  PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri

2.2 PERUBAHAN SIKAP
? Mudah marah
? Mudah bosan
? Tidak mampu menguruskan diri / kerja
? Suka Mengalihkan kemarahan 
? Sentiasa berpandangan negatif
? Hilang pertimbangan / separa sedar

2.3  PERUBAHAN EMOSI
? Terlalu cemburu
? Penyedih dan sensitif
? Terlalu gembira / riang
? Ego dan mementingkan diri
? Kemurungan
? Kerisauan / kebimbangan
3. KESAN TEKANAN 
3.1  POSITIF
? Sumber motivasi diri
? Perubahan positif
? Kecemerlangan diri
? Kuat berusaha
? Persaingan diri
? Optimis
? Keyakinan diri

3.2  NEGATIF
? Prestasi menurun
? Resah gelisah
? Hilang kesabaran diri
? Rasa bersalah
? Rendah diri
? Pesimis dan sensitif
? Hilang pertimbangan diri
4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
? Muhasabah diri / koreksi diri
? Mengenali punca-punca tekanan:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll 
? Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar
? -  Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll

5.  FAKTOR –FAKTOR STRESS

5.1  FAKTOR DALAMAN

? Keinginan melakukan yang terbaik
? Terlalu ideal
? Tiada keyakinan diri
? Putus asa / rendah diri
? Kurang pengetahuan agama
? Terlalu menjaga kepentingan orang lain
? Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
? Kaki kerja (workholic)
? Gagal menguruskan masa
5.2  FAKTOR LUARAN

? Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
? Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
? Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
? Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
? Perubahan kerja yang terlalu kerap
? Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
? Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
? Tidak mendapat penghargaan
      5.3 FAKTOR ISU SEMASA
? Kegawatan ekonomi dunia  
? Malapetaka / musibah
? Jatuh sakit
? Perubahan politik
? Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
? Perubahan status / kedudukan
? Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
? Perpisahan dan perceraian
6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
? Ubah rutin hidup
? Latih diri dengan situasi baru
? Bertenang, sabar, kawal, abaikan
? Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
? Redha dan menerima situasi
? Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
? Rehat, bercuti atau pindah
? Bersenam
? Sedar tahap keupayaan diri
? Seimbangkan aktiviti kehidupan
? Membuat perancangan yang teratur
? Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
? Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
? Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
? Dapatkan nasihat pakar
7.  PENAWAR ROHANI
? SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
 
 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
? DOA 
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
? ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
? BACA AL-QURAN
 -  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
8. Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

9.  KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.

TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM


TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM
ayat1          ayat2
 ZAMAN RASULULLAH SAW
20.4.570M
12 R/awwal 

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah
575M
Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman
586M
Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah
6.8.610M
17 Ramadan

Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur - Iqrak
Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hiraq.
613M
Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua “Ya ayyuhal muddatsir” - nabi mula berdakwah secara sembunyi.
614M
Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.
616M
Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) …Fasda’ maatu’mar…..maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …
618M
Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum
620M
Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT
621M
Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
622M
Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu. 
ayat3
10.9.622M
Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal wamakaru wamakarallah…
12.9.622M
1 R/awwal 1H
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin
8 R/Awwal 1H
Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
24.9.622M
12 R/Awwal 1H

Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
623M 2H
Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul
Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
624M 2H
Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan
625M 3H
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)
Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabenor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.
625M 3H
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.
627M 5H
Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin
bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.
627M 5H
Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.
628M
Zulkaedah 6H

Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.
630M 8H
Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah
memungkinkan Nabi menakluki Makkah.
630M 8H
Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir
630M 8H
Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid
632M
25 Zulkaedah 10H

Nabi melaksanakan Haji Wadak
6.632M
12 R/awwal 11 H

Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT


masjid02
Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam

HUKUMAN BAGI MEREKA YANG MELAKUKAN ZINA PADA ZAMAN DAHULU YANG SANGAT MENGERIKAN

Ini adalah gambar hukuman bagi mereka yang melakukan penzinaan pada zaman dahulu. masyALLAH,Sungguh mengerikan kalau dilihat peralatannya..








Sumber dari Busuk.org

di saat kematian


prmpn-sbhyg1
             Bertaubat sebelum tiba saat kematian
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini, cepat atau lambat pasti akan mengalami suatu proses berpisahnya roh dengan jasad. Dalam bahasa agama, proses tersebut dinamakan proses kematian. Seseorang yang meninggal dunia akan meninggalkan segala apa yang dimilikinya, baik isterinya, suaminya, anaknya, orang tuanya, kekasihnya, pekerjaannya, hartanya atau keinginan dan cita-citanya  di masa depan.

Tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari kematian. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
i) Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka sedar serta berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati.
ii) Selanjutnya maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari kematian

i) Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut -  denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah S.W.T.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita. Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.
iii) Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini   terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.
Tanda 5 hingga 7 hari sebelum hari kematian.

i) Anak lidah bergerak-gerak.
ii) Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

i) Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
ii) Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir
i) Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
ii) Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
`"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail  akan   menebarkan  sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail.
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail  akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah semoga kita adalah di antara orang-orang yang  dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan pada dari Allah  dan  dari sesama manusia di atas segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ini adalah ketentuan Allah  semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaanNya di dunia mahu pun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah  dan apa yang salah dan khilaf itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Jumaat, 15 Jun 2012

B u k a n S a l a h k u . . . . ...........


Kebelakangan ini, aku diuji lagi. Ya Allah, ujian kali ini benar-benar hampir membuatkan aku tersungkur jatuh dan tidak berdaya untuk bangun. Aku kesedihan, hidup ku kesuraman, ketenangan dan kebahagiaan hilang entah ke mana. Pedih sungguh rasanya hati ini, bagai disiat-siat dengan belati yang sangat tumpul, menambahkan penderitaan yang aku alami. Ya Allah.. tiada siapa yang ku lihat.. hanyalah diriMu.
Aku tidak berdaya. Menerima tempias dan penangan yang cukup perit ini. Walaupun usaha aku selama ini akhirnya alhamdulillah telah membuahkan hasil, namun dia pergi tanpa ingin menoleh lagi. Aku akur, kerana tidak pernah sekali aku meminta dia untuk pergi, namun dia ingin pergi, maka aku relakan demi kebahagiaannya.
Hari-hari aku menjadi sungguh kelam. Hilang daya, hilang tenaga, hilang semangat dan hilang keserian di wajah. Sungguh aku derita. Ya Allah.. tiada siapa yang ku lihat.. hanyalah diriMu.
Hari ini, Allah itu sungguh maha besar. Maka terlihatlah segala rahsia.. Aku tak bersalah.. Aku dianiaya, aku dibenci, aku dizalimi tanpa aku tahu apa punca kesalahan aku. Mereka dengan gah menghakimi aku, sedangkan aku tidak mengerti kenapa aku diperlakukan sedemikian. Akhirnya, benar Allah itu maha besar.. Allah telah menunjukkan kepada aku satu-persatu kebenaranNya dan usaha yang selama ini aku berperah keringat dan berperih hati.. akhirnya menemui kejayaannya. Apapun, aku redha. Aku redha mungkin inilah ujian untuk aku dan untuk nya. Cuma aku terkilan, kerana dia tidak menoleh lagi, dia termakan kata-kata negatif orang sekelilingnya mengenai aku, dia tidak mendukung aku saat aku terjatuh, dia tidak memapah aku di saat aku memerlukan keyakinan dan semangatnya dia. Sedangkan AKU TIDAK BERSALAH....
Ya Allah.. selamatkanlah hati nuraniku dari terus terbuai dalam kesedihan..
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya namaMu.. ya Allah..
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah..
Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni ku ya Allah
yang sering melupakanMu
seolah Kau limpahkan kurniaMu
dalam sunyi aku bersujud padaMu.

Isnin, 11 Jun 2012

Antara nyanyuk dan nyanyuk mahadir,PTPTN itu dibentang NAJIB dan PM,dia sendri.


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.
Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.
NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

meh pakat g deh........

Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah



KUALA LUMPUR, 11 JUN: Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

selangorku/-

“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kerajaan Najib ketagih susahkan rakyat


16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Membebankan rakyat kian terbukti menjadi candu yang ditagih oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kata PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata, subsidi bahan api seperti candu. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah perbuatan membebankan rakyat tidak ubah seperti candu yang ditagih oleh kerajaan BN yang ketuainya.

"Subsidi hendak ditarik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti tak sabar-sabar hendak dilaksanakan tanpa mempedulikan kesusahan rakyat, kenaikan harga barangan gagal dikawal,

projek-projek mewah hendak dilaksanakan termasuk projek-projek mewah dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikecam dan diperolok-olokkan oleh orang-orang Umno sendiri malah pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat kian terbukti menjadi candu yang kian ditagih oleh kerajaan Najib.

"Nampak benar kerajaan Najib ketagih menyusahkan rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya Selasa lalu, Najib berkata, subsidi bahan api seperti candu kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit belanjawan.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu, sukar untuk mengikis tabiat buruk," katanya.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Najib itu terang-terangan menghina rakyat.

"Terbukti Najib melihat rakyat seburuk penagih candu. Rakyat di mata Najib begitu hina sekali dan lebih buruk lagi dia menzahirkan jiwa menghina rakyatnya itu di luar negara," katanya.

Kenyataan Najib itu juga, katanya, semakin membuktikan bahawa kerajaan Najib bukanlah kerajaan yang berfikir untuk meringankan beban rakyat tetapi sebaliknya melihat usaha-usaha meringankan beban rakyat seperti candu yang ditagih oleh rakyat.

"Ia penghinaan yang amat besar kepada rakyat. Tetapi, mengenali Najib, saya tidak fikir dia akan meminta maaf kepada rakyat sebab rakyat di matanya adalah penagih-penagih candu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga mengecam Najib kerana terus menjamu kroni-kroni seperti pemilik-pemilik penjana tenaga bebas (IPP) dengan subsidi yang begitu besar dan tidak pernah didengari kerajaannya mencari jalan untuk menghentikan subsidi itu.

"Begitu juga kemewahan yang kini diratah habis-habisan oleh para pemimpin Umno dan isteri-isteri mereka dengan menjadikan kepentingan Melayu sebagai alasan untuk mempertahankan kemewahan yang mereka ratah itu, adakah kemewahan itu bukan candu yang mereka tagih?" beliau mempersoalkan.

Beliau menuntut kerajaan menyatakan secara detail ke mana dibelanjakan subsidi yang dipotong itu.

"Saya akan membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen akan datang," kata Mahfuz.

Harakahdaily/-

Sabtu, 9 Jun 2012

Selongkar kembali : Menjejaki Diari Rosmah Sebelum Menjadi 'First Lady'.


[rosmahpaklah.bmp]
Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara. Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.
Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.
[rosmah-najib.jpg]
Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat inin berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.
[najib_named.jpg]

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti"dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu". Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai"wanita nombor satu" selepas ini.