Apakah kepentingan menamakan seekor kucing Parsi mahu ditonjolkan sebagai prihatin terhadap masalah rakyat?
Tidak adakah isu lagi yang lebih penting jika dibandingkan dengan hanya meminta rakyat 2Malaysia (1 kroni, 1 rakyat marhaen) menamakan kucing yang belum tentu membawa manfaat terhadap ekonomi negara?
Sudahlah isu hutang KERAjaan Umno-APCO yang meningkat hingga ke siling sebanyak RM378 Bilion belum dijawab, masalah lain pula timbul dengan isu hilangnya wang FELDA berjumlah RM2 .7 Bilion!
Apakah Najib tidak mahu menjawab bagaimana wang FELDA Plantations hilang sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari nama anak kucing yang sesuai untuk anak perempuannya?
Amat malang rakyat 2Malaysia berPerdana Menterikan Najib. Kunun apabila dibuka "bidaan awam" menamakan nama anak kucing itu sudah memadai akan bukti ketelusan KERAjaannya?
Tak habis-habis rakyat dirundung malang dengan kenaikan kos sara hidup yang membebankan hampir seluruh negara, Najib mahu buat lawak dalam episod "Raja Lawak"?
Kalau beginilah tanggungjawab seorang Perdana Menteri Umno-APCO, usah diharap hendak menyelesaikan isu berbangkit lain seperti PKFZ, Scorpene dan kehilangan enjin jet TUDM sampai bila-bila!
Walaupun telah melepaskan pegangan dalam San Miguel Corp., sebuah syarikat berasaskan minuman arak yang dilarang oleh agamanya sendiri pada April 2010, rupanya Mirzan Mahathir belum insaf.
Menjadi Pengarah di syarikat yang masih ada kaitan dengan San Miguel Corp. membuatkan anak Mahathir ini masih terpalit dengan perniagaan yang ditegah dan dilarang, tergolong antara 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti yang termaktub dalam Hadith Rasulullah SAW.
Selagi Mirzan tidak meninggalkan jawatannya sebagai pengarah di sebuah syarikat yang masih ada kaitan dengan kepentingan arak, Petron Corporation, selagi itulah dosa-dosanya terhadap Allah SWT akan terus bertambah sehinggalah dia bertaubat.
Lu pikir la sendiri Mirzan.
JALAN PULANG
Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak.
Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”.
Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.
Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam.
Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja.
Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya.
Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.
Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).
Di dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).
Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam di sisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata.
Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).
Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.
Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak.
Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera.
Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.
DR. MUHAMMAD NUR MANUTY Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat
Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro. Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah.
Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan ‘durian runtuh’ di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.
“Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat.
“Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda.
“Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis.
Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk ‘Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh’ dengan memaparkan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek.
Tambahnya, akhbar berkenaan sengaja membuat dakwaan kedua-dua peneroka tersebut kononnya memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) walhal mereka memfailkan injunksi menghalang pelupusan aset KPF kepada FGVH.
“Akhbar berkenaan juga mendakwa peneroka-peneroka yang menjadi tumpuan ramai sengaja menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang dilontarkan apabila tampil mengambil cek dutrian runtuh.
“Akhbar tersebut juga mengada-adakan cerita kononnya kami berlima mengambil cek dalam keadaan tergesa-gesa dengan memberi alasan mempunyai urusan lain bagi menggambarkan kami malu,” ujarnya.
Jelasnya, berita yang sengaja direka-reka itu mengakibatkan timbulkan keadaan tidak baik, syak wasangka dan boleh menimbulkan permusuhan sesama warga Felda.
Tambahnya, akhbar Harian Metro pula menyiarkan berita menggambarkan ‘peneroka lima sekawan’ berkenaan tidak mempunyai prinsip kerana termakan hasutan pembangkang sehingga malu untuk berhadapan dengan peneroka lain walaupun membantah dan membawa kes ke mahkamah.
Menurutnya lagi, akhbar berkenaan hanya memetik kenyataan bohong dan fitnah daripada Pengerusi JKKR Jengka 15.
“Hasil daripada kenyataan yang disiarkan itu membuatkan mesyarakat memandang serong dan timbul prasangka buruk kepada kami,” jelasnya.
Sementara itu, peguam Harris Abdullah yang turut hadir, selepas ini pihaknya akan bertindak lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak di atas kerana terdapat locus standi.
Turut hadir memberi sokongan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan kira-kira 30 orang peneroka.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini, kata Beliau harga runcit turun adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong.
Tapi persoalannya sekarang, kenapa minyak RON95 masih tak turun-turun lagi, padahal semua dah tahu Umnoapco Barisan Nasional dah tipu rakyat, sebabnya bila kerajaan dok sanang konon beri subsidi pada rakyat melalui RON95, minyak RON97yang tak bersubsidi itu sebenarnya lebih murah.
Adakah harga runcit RON97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa? Jika betul RON97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga petrol RON95, iaitu RM3.53 seliter?
Jelas, kita sudah kene Kencing, sama ada subsidi itu kurang dari jumlah yang dicanang, atau memang takde subsidi langsung, kalau tak mengapa RON97 sebenarnya lebih murah dari minyak RON95.
Kegagalan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menyiarkan kompilasi video kononnya berlaku keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 membuktikan KDN ada menyembunyikan sesuatu daripada masyarakat.
Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan usaha penyiaranvideo itu semakin tidak relevan kerana dua bulan kejadian itu berlalu.
Katanya, video itu mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan dan berkemungkinan terdapat unsur-unsur suntingan untuk meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja.
“Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah ‘SOP’ yang betul.
“Rakyat menunggu dengan sabar apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini ‘suntingan’ masih tidak siap dan ia jelas membuktikan KDN hilang punca,” katanya.
Berbanding KDN, katanya, SAMM lebih komited memberi gambaran sebenar terhadap insiden yang berlaku semasa BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu untuk menerbitkan dokumentari berdurasi 49 minit.
Jelasnya, dokumentari yang dihasilkan dalam bentuk DVD itu lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, selain memberi fokus kepada tuntutan perhimpunan itu.
Beliau berkata, dokumentari bertajuk “Merdeka Rakyat” itu akan menjelaskan segala punca sehingga lahirnya perjuangan BERSIH sejak kali pertama ia dilancarkan pada 2006 sehingga 28 April 2012.
Tambahnya, tayangan video itu akan disiarkan pada malam Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh semalam.
“Adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan dan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim. Selain itu, semua pihak juga perlu saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan,” ujarnya.
Kah..Kah. Kah, ok, korang dah baca kan, so kesimpulannya senang je, selama ni, canangan di dada-dada akhbar dengan TV tu sebenarnya nak menipu orang ramai je yang percaya bulat-bulat dekat berita yang disiarkan TV dan suratkhabar umno.
Apa yang mereka lupa ialah propaganda yang dok diorang canang kononnya peserta himpunan ini ganas membuatkan mereka menipu diri sendiri.
Pada zaman internet ni, maklumat dapat dengan pantas sekali. so tak payah la keluarkan video tu, sebab rakyat dah tahu apa sebenarnya yang terjadi, Kah..kah..kah.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
SECARA jelas saya menyatakan bahawa sebenarnya orang UMNO/BN tak kesah kalau nantinya kalah di “election” akan datang sebab mereka sudah kaya raya dan bisa hidup sekian lama untuk anak cucu cicit mereka sampai ke-7 keturunan dan ini hakikatnya bagi yang mereka punya jawatan menteri dalam kabinet negeri atau persekutuan atau yang kaki rasuah.
Kekayaan mereka sudah cukup untuk mereka hidup sekian lama, sama ada terus berada dalam negeri atau nanti lari ke luar negeri dan rakyat tinggal begitu saja tanpa apa-apa dan terus menunggu bulan jatuh ke riba.
Apa pula yang orang UMNO/BN takuti?
Nah, ini soalan yang paling seronok didengar dan dalam hati kalau soalan ini ditanya maka orang UMNO/BN akan ketakutan seolah mahu kembali ke dalam perut mama mereka agar terselamat dari tindakan undan2 negara.
Kita tahu anak Mahathir, adik Najib, Musa Aman, Taib Mahmud, Khir Toyo dan lain-lain lagi kayanya begitu hebat sekali dan gaji bulanan yang ada tidak menyebabkan mereka kaya sedemikian dan dari mana mereka dapat duit sebanyak itu? Tidak mungkin berniaga sebab sang menteri tidak dibenar berniaga.
Nah, tentunya kalian tahu dan jawabannya juga tahu.
Kalau PR memerintah misalnya. Lalu apa jadi ketua Polis Negara/SPRM, Pengarah Imigresen, Ketua hakim dan jawatan2 yang secara tidak langsung bawah mantan PM yang pro PM dan ini sudah pasti tidak sesuai lagi dan kena akur ikut undang-undang sebenar.
Bila ikut undang2 sebenarnya, maka siasatan akan dilakukan dan segala tong tahi akan terkeluar dan ketika itu apa jadi? Dan dengan bukti2 yang jelas yang selama ini tersembunyi akan terbongkar dan ketika itu kita tahulah apa sudahnya.
Apa sudahnya?
Bila mahkamah siap membicarakan dengan bukti2 yang sah dan jelas, lalu apakah mereka boleh bersilat kata dengan kekayaan yang ada termasuk data kehadiran Altantuya hilang di computer Imigresen dan setelah itu kita akan mencium bau tahu kesan tong tahi pecah.
Baunya bukan lagi tahi tetapi bau bangkai yang menyebabkan orang muntah di mana-mana dan Malaysia akan dipenuhi oleh muntah2 rakyat jelata dan kemungkinan Tsunami akan hadir untuk membersihkan keadaan yang lalu ini untuk semula ke BERSIH.
Setelah BERSIH, macam saya kata dulu yang penjara akan dipenuhi oleh rakyat kita yang dulu disanjung mulia dan tak hairan aka nada menteri cabinet baru dalam dalam penjara alaf baru dan tentu saja yang paling mengerunkan ialah apakah akan ada yang bakal digantung sampai mati kesan C4 terhadap Altantuya Seribu.
Cinta adalah anugerah dari Tuhan yang maha esa yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Cinta antara laki-laki dan perempuan telah ada sejak manusia pertama turun ke dunia hingga sekarang. Cinta merupakan bumbu penyedap hidup yang sementara ini yang dapat memberikan kebahagiaan yang sejati. Cinta memang dapat membawa suka dan juka dapat membawa duka bagi orang-orang yang merasakannya. Berbagai problema cinta tercipta dari yang ringan hingga yang berat seperti naksir, cinta pada pandangan pertama, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta segi tiga, cinta monyet, cinta harta, cinta palsu, cinta laura, dan cinta-cinta lainnya yang membuat dunia ini begitu menarik. Menurut saya cinta itu adalah sesuatu yang sakral yang sebaiknya tidak bermain-main dengannya. Bermain cinta memang menyenangkan bagi sebagian orang. Akan tetapi dampak buruk atau efek yang dapat ditimbulkan bagi orang yang cintanya dimainkan akan sangat tidak menyenangkan. Untuk itulah maka hargai cinta dan hormati cinta agar kita maupun orang lain di sekitar kita tidak terluka karena cinta. Berikut ini adalah tips cara dari organisasi.org bagaimana caranya agar kita dapat menikmati cinta tanpa harus melukai orang lain.
1. Jangan jadi playboy/playgirl dan hindari playboy/playgirl2. Jika tidak suka atau biasa saja jangan pacari orang itu, pdkt dulu3. Katakan cinta jika kita yakin dia adalah pasangan hidup kita4. Cinta dan nafsu birahi adalah dua hal yang berbeda (no free sex)5. Carilah orang yang baik, setia, jujur dan cinta kepada kita6. Jangan pacaran/menikah sebelum dewasa (21 tahun ke atas)7. Kejarlah cinta sampai ke negeri Cina, berjuanglah demi cinta8. Berbagilah cinta dengan orang-orang di sekitar kita9. Cinta tidak harus memiliki. Lupakan dan coba lagi bila gagal10. Bina cinta yang ada hingga nafas terakhir selamanya11. Jangan pernah sakiti orang yang kita cintai dengan alasan apapun12. Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan uang tapi pengorbanan13. Tuhan telah memberikan anda jodoh, temukanlah cinta anda14. Cinta harus direstui agama, hukum, keluarga & masyarakat
Jangan pernah menyakiti hati orang lain baik bagi laki-laki maupun perempuan karena mereka memiliki akal pikiran, perasaan dan insting sehingga mereka akan patah hati dan terluka jika kita mengecewakannya. Orang yang rapuh dapat mati bunuh diri karena cinta. Orang yang dendam dapat melakukan tindakan kriminal atau perbuatan tidak menyenangkan kepada anda karena cinta. Oleh karena itu berhati-hatilah dengan cinta.