Halaman

Isnin, 4 Jun 2012

Kenapa PAS Tak Bersama UMNO -Presiden PAS?






Shah Alam 18 Mac: Dalam ucapan di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat di dewan besar Shah Alam Covention Centre semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.


"Apabila PAS memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India... bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.


Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS (Sumber Hrkh)

Tiada ulasan: