Halaman

Selasa, 5 Jun 2012

Sejarah Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu Sengaja Disembunyikan


khilafah
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah).

Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Khalifah Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M.

Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara walaupun masih beragama Hindu tetapi mengakui kebesaran dan kekuasaan Khilafah.

Pelbagai kenyataan sejarah menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. 

Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan 'kesatuan' sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah sebuah Negara Islam Global.

Khilafah amat dihormati oleh umat Islam. Umat Islam melihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang dikenang sebagai ingatan dan sebagai prinsip yang perlu dicapai. Harapan munculnya Khilafah tidak akan hilang kerana umat Islam ingat kekuatan mereka di zaman silam dan melihat kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa hadapan.


Sultan Abu Bakar
Hubungan Erat Kerajaan Johor dengan Khilafah

Jika dilihat asal-usul Johor, ia berasal dari perkataan Arab ‘Jauhar’ yang bermakna permata. Hubungan Johor dengan Khilafah amat akrab khususnya sejak 1885 (Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar) hingga 1922 (Johor diperintah Sultan Ibrahim).

Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota Khilafah Uthmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. 

Hikayat Johor meriwayatkan:
"hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam."

Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). 

Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia).

uthmaniyah
Bendera Khilafah Uthmaniyah
Antara bukti tinggalan sejarah hubungan erat ini ialah:

1) Bendera Johor
2) Perkahwinan diraja, waris keluarga Dato' Onn, keluarga Prof Ungku Aziz.
3) Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah.
4) dan banyak lagi bukti lain.


Kesedaran dan Kebangkitan

Kini, semakin lama, umat Islam semakin sedar rahsia yang sengaja disembunyikan. Penyatuan umat Islam amatlah diperlukan agar musuh Islam tidak terus bermaharajalela di sana-sini. Bangkitlah kita bersatu tanpa mengenal bangsa, warna kulit mahupun parti politik. Tinggalkan fahaman-fahaman liberal, sekular serta berbagai-bagai lagi fahaman yang sesat lagi menyesatkan khas ditujukan buat insan-insan yang memiliki kekuasaan agar kembali kepada syariat Islam dilaksanakan secara keseluruhan.

Sumber dan  huraian dari:
Khilafah Islamiyah Dan Alam Melayu “Sejarah Yang Disembunyikan”
Dr. Sallehuddin Ibrahim, Syabab Hizbut Tahrir Malaysia

Lihat slide powerpoint
http://www.slideshare.net/cucur/khilafah-di-alam-melayu 

Lihat video

Tiada ulasan: