Halaman

Jumaat, 8 Jun 2012

Arak, San Miguel Dan Mirzan Mahathir Berpisah Tiada



Walaupun telah melepaskan pegangan dalam San Miguel Corp., sebuah syarikat berasaskan minuman arak yang dilarang oleh agamanya sendiri pada April 2010, rupanya Mirzan Mahathir belum insaf.

Menjadi Pengarah di syarikat yang masih ada kaitan dengan San Miguel Corp. membuatkan anak Mahathir ini masih terpalit dengan perniagaan yang ditegah dan dilarang, tergolong antara 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti yang termaktub dalam Hadith Rasulullah SAW.

Selagi Mirzan tidak meninggalkan jawatannya sebagai pengarah di sebuah syarikat yang masih ada kaitan dengan kepentingan arak, Petron Corporation, selagi itulah dosa-dosanya terhadap Allah SWT akan terus bertambah sehinggalah dia bertaubat.

Lu pikir la sendiri Mirzan.

JALAN PULANG


Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak. 

Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. 

Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang. 

Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. 

Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. 

Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. 

Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:

“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam di sisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. 

Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak. 

Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. 

Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.

DR. MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama 
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: