Halaman

Selasa, 5 Jun 2012

Palestin - Malaysia, Kita Sama dan Kita juga Berbeza

ARRAYAH.INFO, Palestin, 13 Julai 2011 - Rakaman video daripada jurucakap Hizbut Tahrir Palestin telah berjaya dirakamkan sempena Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 pada 26 Jun 2011 yang lalu.

Dalam ucapan ringkas mereka yang ditujukan khas kepada umat Islam di Malaysia. Mereka menyentuh mengenai kebangkitan umat Islam di seluruh dunia menentang pelaksanaan hukum taghut ciptaan manusia, penyelewengan dan kejahatan pemerintah kaum Muslimin serta persekongkolan mereka dengan kuffar Barat.

Kesemua jurucakap Hizbut Tahrir ini menyeru dan amat mengharapkan agar umat Islam di Malaysia turut sama bergabung dalam usaha Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk mendirikan Khilafah.

Berikut adalah video Seruan dari Hizbut Tahrir Palestin di Konfrens Kebangkitan Khilafah 2011:-




Berikut di bawah adalah salinan teks seruan oleh Syeikh Issam Ameera dari Hizbut Tahrir Palestin: -

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan keluarga dan sahabatnya dan yang sesudahnya.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
(Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah).

Wahai saudara dan saudari yang berkumpul dalam konferens yang menghidupkan peringatan tahunan, tahun yang ke 90 keruntuhan Khilafah Islamiyah.

Saya ucapkan kepada kalian dengan ucapan Islam; Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya, saya kirimkan kepada kalian ucapan salam kami dari bumi Palestin yang diberkati dari Baitul Maqdis dari lingkungan Masjidil Aqsa yang diberkati dengan mengharapkan kejayaan bagi kalian dalam konferens kalian ini.

Serta mengharapkan dari Allah SWT agar Dia menerima dari kalian dan menjadikannya dalam timbangan kebaikan kalian dan menjadi langkah menuju penegakan Khilafah Rasyidah Kedua mengikut jalan kenabian.

Saudara dan saudari sekelian, terdapat banyak perkara yang dikongsi bersama di antara Malaysia dan Palestin.

Pertama, bahawasanya kedua-dua negara adalah negara umat Islam yang dibebaskan oleh orang Islam dari pemerintahan kufur satu demi satu sejak hari pertama daulah Islam.

Kedua, kedua-dua negara ini memiliki kepentingan yang istimewa pada perkara yang berkaitan aspek geografi dan spritual dan kedua-duanya berada dalam konflik dengan kuasa penjajah dan para salibiyin.

Ketiga, kedua-dua negara ini menderita oleh campur tangan luar yang ganas dan terjadi pemisahan beberapa bahagian dari tanah mereka yang membawa kepada tertegaknya dua negara kanser, iaitu Singapura dan Israel.

Keempat, kedua-dua kerajaan di Palestin dan Malaysia adalah kerajaan nasionalis. Kedua-duanya tidak berhukum sesuai dengan syariat Islam bahkan mengambil pendirian menghalang kembalinya Khilafah.

Kelima, bahawasanya wujud aktiviti dakwah intensif untuk menegakkan Khilafah di kedua-dua negara ini sebagaimana keadaannya dengan aktiviti dakwah yang serupa diseluruh pelusuk dunia Islam.

Sepertimana yang kalian tahu bahawasanya kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di Bandar Rahmallah di Palestin pada 2 Julai 2011 dengan bantuan Allah SWT dengan tajuk 'Kemenangan Revolusi Adalah dengan Perubahan Mendasar dengan mendirikan Khilafah'.


Tetapi ada dua perbezaan penting antara kedua-dua negara ini; Malaysia dan Palestin.

Pertama yang memberikan Palestin keistimewaan melebihi Malaysia. Sementara yang

kedua, memberikan keistimewaan kepada Malaysia melebihi Palestin.


Kedua-dua perbezaan ini adalah

Pertama, fakta bahawa Palestin adalah bumi yang disucikan disebabkan oleh Isra' dan Mi'raj sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran al-Karim pada pembukaan Surah al-Isra'

'Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.' (Surah al-Isra':[17]1)

Kedua, fakta bahawa Palestin terjajah secara mutlak. Manakala Malaysia adalah negara merdeka.


Saudara dan saudari, bahawasanya orang Islam di Malaysia, mereka tidak ragu lagi adalah lebih kuat dari saudara mereka di Palestin dan wajib datang dengan segera untuk menyahut seruan untuk menyokongnya yang diserukan oleh saudara mereka yang tertindas di Palestin serta membebaskan mereka dari penjajahan Yahudi.

Allah SWT berfirman:
'Dan sekiranya mereka meminta tolong kamu dalam agama, maka ia adalah kewajipan kamu untuk memberikan pertolongan.' (Surah Al-Anfal:[8]72)

Apakah yang kalian dapat lakukan untuk membantu mereka?

Maka siapa lagi yang menghalang kalian dari membantu mereka.

Barangkali apa yang kalian dapat lakukan adalah mengirim wang, doa, menunjukkan simpati kepada mereka, merasa kasihan dengan apa yang menimpa mereka. Tetapi ini tidak boleh menghilangkan penaklukan yang mencengkam mereka, bumi mereka serta tempat-tempat suci mereka dan tidak juga menjadikan kedua-dua kekuasaan, Abbas dan Hammas untuk memerintah rakyat dengan Islam atau setidak-tidaknya memberikan keizinan kepada para pejuang yang ikhlas untuk menegakkan khilafah, untuk mengadakan konferens atau keluar dengan bebas dalam perhimpunan atau Demonstrasi sebagai satu nusrah (membantu) Islam dan seruan kepada Khilafah.

Persoalan besar yang dikemukakan; kenapa kalian tidak mampu melakukan hal itu?

Dan jawapannya mudah sekali. Kalian wahai para kekasih tidak memiliki keputusan politik yang sesuai untuk melaksanakannya walhal pembebasan Palestin memerlukan kekuatan yang sebenar dan latihan yang baik, kelengkapan tentera yang lengkap, lalu melaksanakan arahan-arahan agar kalian bergerak di bawah panji
لا إله إلا الله محمد رسول الله


dan ini menuntut agar tiga halangan yang sangat sukar dapat diatasi untuk sampai ke sempadan Palestin.

Pertama, menjadikan keputusan politik dan ketenteraan yang sesuai.

Kedua, menghimpun kekuatan tentera yang diperlukan.

Ketiga, gerakan fizikal sebenar ke arah Palestin melalui jalan laut, darat dan udara.

Saudara dan saudari, sekarang kalian dapat menyedari dengan jelas betapa sukarnya kesukaran untuk sampai ke Palestin dan membebaskannya.

Bagaimana kalian boleh menjadikan kerajaan kalian mengambil keputusan yang sesuai kepada masalah ini?

Dan bagaiman kalian boleh untuk mengatasi kesukaran laut, udara dan darat untuk sampai ke Palestin dan apakah yang akan kalian lakukan jika kerajaan Singapura menghalang kalian untuk melalui negaranya dan bagaimana pula dengan pendirian Amerika dan Kesatuan Eropah dan juga NATO dan tidak lupa juga PBB dan si penjenayah Majlis Keamanan.

Apakah pendirian politik setiap kerajaan Indonesia, Sri Lanka, India, Pakistan, Afganistan, Iran, Iraq, Syria, Jordan dan lain-lain.

Saudara dan saudari, kenapa halangan ini berlaku ke atas kalian?

Jawapannya adalah kerana kalian sendiri juga merupakan bahagian terpisah dari dunia Islam.

Hali kalian pada perkara tersebut seperti halnya Palestin dan bahagian lain dari jasad Islam yang terpecah belah.

Benar bahawa Palestin hidup dalam hati kalian tetapi ini tidak cukup dan yang kami hendak adalah agar ia hidup di bawah kekuasaan Islam.. dan untuk merealisasikan tujuan yang suci dan besar ini wajib ke atas umat Islam bersatu di bawah satu panji,di bawah satu Daulah dan di bawah pimpinan satu Amir (Ketua)

Dan ini tidak boleh direalisaikan tanpa menegakkan Daulah Khilafah ar-Rasyidah Kedua mengikut metod kenabian.

Dimana saja di dunia Islam kemudian bahagian lain bergabung di bawah institusinya demi memulakan tugas membebaskan Iraq, Afganistan, Palestin, Chechnya, Kashmir dan bumi Islam lain yang dijajah hingga sampai ke Sepanyol dan Portugal di Barat dan mengembalikan Andalusia hingga kita sampai ke Timor Timur di Asia Tenggara dan Negara Islam bersatu, secara politik, geografi, ekonomi, spritual, masyarakat dan sebagainya.

Khilafah Rasyidah akan memikul dakwah Islam ke penjuru dunia yang lain melalui dakwah dan jihad fi sabilillah SWT untuk menyelamatkan semua umat di dunia dari kesengsaraan, kemiskinan dan penindasan, yang disebabkan oleh kapitalisme yang rosak

Saudara dan saudari, sebelum saya mengakhiri bicara kepada kalian ini, saya ingin mengulang harapan saya terhadap konferens kalian agar ia dapat merealisasikan kejayaan yang besar dan kami mengharapkan agar dua saudara kembar ini, Malaysia dan Palestin menjadi bahagian yang tak terpisahkan dari institusi Khilafah dalam masa terdekat.

Akhir seruan kami adalah segala pujian kepada Tuhan Sekelian Alam

Waffaqakumullah ra'akum wasadda alal haqqi khutakum.

Tiada ulasan: