Halaman

Isnin, 4 Jun 2012

kater2 ibrahim ali.....ader kew patut????/



Orang kelantan yang tak sedar diri. Aku bukan orang kelantan. Dan aku juga tak duduk di kelantan. Tapi aku memang siyes nak cakap ibrahim ali memang spesis tak sedar diri. Takde sapa2 pun paksa dia keluarkan duit untuk menjayakan projek lebuhraya neh. Dan PAS pun tak paksa sapa2 untuk menyumbang.

Nak bagi, bagi. Taknak bagi sudah. Memang betul kata2 ibrahim ali sepatutnya pembinaan lebuhraya sepenuhnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Aku tak nafikan. Tapi tengok situasi dulu. Peruntukkan kepada kelantan disekat bertahun2 so kerajaan negeri hadapi kesukaran untuk mendapatkan DANA bagi projek lebuhraya.

Dah kerajaan negeri tiada dana yang mencukupi, nak taknak terpaksa lah kerajaan negeri berterus terang dengan rakyat kelantan dan memberitahu masalah yang sebenarnya. Dan jika dengan sumbangan, derma dan 'tong-tong duit' boleh merealisasikan impian lebuhraya di kelantan, maka apa salahnya disitu? Tiada isu langsung.

Lagipun, sepatutnya project neh under kerajaan pusat sebab kerajaan pusat sendiri pernah meluluskan peruntukkan untuk pembinaan lebuhraya di kelantan sebelum ia ditarikbalik sebab kalah pilihanraya negeri di kelantan pada ketika itu.

Untuk projek yang besar seperti neh, sepatutnya kerajaan pusat kena beri bantuan baik dari segi kewangan mahupun teknikal sebab ia melibatkan kebajikan rakyat secara langsung. Pembinaan lebuhraya adalah sangat2 diperlukan di kelantan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik tetapi kerajaan pusat menjadikan ia satu permainan politik.

Mereka berkira2 dengan rakyat yang tidak mengundi mereka tetapi cukai rakyat kelantan tetap mereka kutip. Macam mana tue? Adakah rakyat kelantan dikecualikan daripada membayar cukai? Tidak. Mereka juga kena bayar sebagaimana rakyat dari negeri2 lain kena bayar. Tapi kenapa negeri mereka dipinggirkan daripada kemajuan dan pembangunan? 

Faham tak?

Kerajaan bn kutip cukai dari seme negeri. Dari seme rakyat. Tak kira faham politik. Kalau tak bayar cukai ia merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa. Dan kalau bukan cukai pendapatan pun, kita ada cukai tanah, cukai jalan, cukai makanan dan etc2. 

Itu tak masuk lagi perkiraan zakat ek. Jadi setiap dari kita perlu membayar pelbagai cukai berdasarkan kepada apa yang kita miliki. Tetapi kenapa bila bantuan diagihkan, sesetengah negeri mendapat lebih dan sesetengah negeri pula mendapat kurang? Dan ada sesesetengah negeri tidak mendapat apa2 pula. Kenapa?

Dimanakah keadilan dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat?

Untuk lebih adil, sepatutnya dari dulu lagi, agihan bantuan harus berdasarkan kepada jumlah kutipan. Negeri mana yang mengeluarkan paling banyak hasil maka negeri tersebutlah wajar mendapat pulangan semula setimpal dengan apa yang telah mereka keluarkan.

Dan katakan satu2 negeri tue dah stabil, mereka tak perlukan semula pulangan cukai yang banyak walaupun menghasilkan kutipan yang banyak disebabkan dah maju, maka lebihan tue boleh digunakan ke atas negeri2 yang memerlukan sehinggalah semua nya benar2 stabil dan maju. 

Ini tidak. Ada sesetengah negeri maju. Sampaikan bangunan lebih ramai dari orang. Ada sesetengah negeri haprak. Sampaikan takde rumah dan jalan. Macam mana bn menyalurkan dana dan bantuan kepada setiap negeri2 selama neh? Ikut parti? Ikut kroni? Ikut projek? Sepatutnya ikut keperluan rakyat. Nampak tak macam mana teruknya sistem mereka? 

Masalah kita pada hari neh bukan sahaja kerajaan yang corrupted, malahan sistem kita juga corrupted di mana tiada penambahbaikan dan upgrade zaman berzaman dan masih berterusan ikut sistem lama, acuan lama walhal zaman dah berbeza.

Seme neh perlu diubah. Tapi agak sukar kalau bn masih di atas. Macam neh lah idea aku. BN kena ditumbangkan dulu. Dorang tumbang baru kita boleh kaji apa yang silap kat sistem kita neh. Selagi BN kat atas dorang memang takan dengar apa2 kehendak kita sebab ego. Dorang dah lama tadbir malaysia jadi dorang dah rasa ego dan dabik dada. 

Dorang rasa dorang terbaik tetapi dorang lupa orang yang sepatutnya menilai pentadbiran mereka ialah rakyat, bukan nya diri mereka sendiri. Bila masa kita amek ujian dan kita periksa kertas ujian kita sendiri? Itu mungkin stail ibrahim ali dan umno tapi kalau ikut sistem demokrasi, itu bukan acuan yang betul.

Oleh kerana bn takmo membantu dalam menjayakan projek lebuhraya neh maka biarkan sahaja usaha rakyat berbilang agama, bangsa dan negeri neh usahakan projek lebuhraya. Kita kena buktikan kepada bn larh. Walaupun dorang menyekat peruntukan dan bantuan, tapi kalau kita ada usaha dan keinginan dan bersatu padu, apa yang mustahil akan jadi tak mustahil. 

Dan PAS, perlu pastikan projek neh benar2 berjaya. Membuatkan ia separuh jalan hanya akan mengundang caci maki dari aku. Siyes. Bai. 

yaba sempoi : Ada sapa2 paksa ibrahim ali bagi sumbangan kah? Tah2 dia dulu yang guna lepas siap der......

Tiada ulasan: