Halaman

Selasa, 5 Jun 2012

Sejarah Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu Sengaja Disembunyikan


khilafah
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah).

Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Khalifah Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M.

Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara walaupun masih beragama Hindu tetapi mengakui kebesaran dan kekuasaan Khilafah.

Pelbagai kenyataan sejarah menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. 

Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan 'kesatuan' sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah sebuah Negara Islam Global.

Khilafah amat dihormati oleh umat Islam. Umat Islam melihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang dikenang sebagai ingatan dan sebagai prinsip yang perlu dicapai. Harapan munculnya Khilafah tidak akan hilang kerana umat Islam ingat kekuatan mereka di zaman silam dan melihat kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa hadapan.


Sultan Abu Bakar
Hubungan Erat Kerajaan Johor dengan Khilafah

Jika dilihat asal-usul Johor, ia berasal dari perkataan Arab ‘Jauhar’ yang bermakna permata. Hubungan Johor dengan Khilafah amat akrab khususnya sejak 1885 (Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar) hingga 1922 (Johor diperintah Sultan Ibrahim).

Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota Khilafah Uthmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. 

Hikayat Johor meriwayatkan:
"hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam."

Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). 

Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia).

uthmaniyah
Bendera Khilafah Uthmaniyah
Antara bukti tinggalan sejarah hubungan erat ini ialah:

1) Bendera Johor
2) Perkahwinan diraja, waris keluarga Dato' Onn, keluarga Prof Ungku Aziz.
3) Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah.
4) dan banyak lagi bukti lain.


Kesedaran dan Kebangkitan

Kini, semakin lama, umat Islam semakin sedar rahsia yang sengaja disembunyikan. Penyatuan umat Islam amatlah diperlukan agar musuh Islam tidak terus bermaharajalela di sana-sini. Bangkitlah kita bersatu tanpa mengenal bangsa, warna kulit mahupun parti politik. Tinggalkan fahaman-fahaman liberal, sekular serta berbagai-bagai lagi fahaman yang sesat lagi menyesatkan khas ditujukan buat insan-insan yang memiliki kekuasaan agar kembali kepada syariat Islam dilaksanakan secara keseluruhan.

Sumber dan  huraian dari:
Khilafah Islamiyah Dan Alam Melayu “Sejarah Yang Disembunyikan”
Dr. Sallehuddin Ibrahim, Syabab Hizbut Tahrir Malaysia

Lihat slide powerpoint
http://www.slideshare.net/cucur/khilafah-di-alam-melayu 

Lihat video

Palestin - Malaysia, Kita Sama dan Kita juga Berbeza

ARRAYAH.INFO, Palestin, 13 Julai 2011 - Rakaman video daripada jurucakap Hizbut Tahrir Palestin telah berjaya dirakamkan sempena Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 pada 26 Jun 2011 yang lalu.

Dalam ucapan ringkas mereka yang ditujukan khas kepada umat Islam di Malaysia. Mereka menyentuh mengenai kebangkitan umat Islam di seluruh dunia menentang pelaksanaan hukum taghut ciptaan manusia, penyelewengan dan kejahatan pemerintah kaum Muslimin serta persekongkolan mereka dengan kuffar Barat.

Kesemua jurucakap Hizbut Tahrir ini menyeru dan amat mengharapkan agar umat Islam di Malaysia turut sama bergabung dalam usaha Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk mendirikan Khilafah.

Berikut adalah video Seruan dari Hizbut Tahrir Palestin di Konfrens Kebangkitan Khilafah 2011:-




Berikut di bawah adalah salinan teks seruan oleh Syeikh Issam Ameera dari Hizbut Tahrir Palestin: -

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan keluarga dan sahabatnya dan yang sesudahnya.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
(Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah).

Wahai saudara dan saudari yang berkumpul dalam konferens yang menghidupkan peringatan tahunan, tahun yang ke 90 keruntuhan Khilafah Islamiyah.

Saya ucapkan kepada kalian dengan ucapan Islam; Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya, saya kirimkan kepada kalian ucapan salam kami dari bumi Palestin yang diberkati dari Baitul Maqdis dari lingkungan Masjidil Aqsa yang diberkati dengan mengharapkan kejayaan bagi kalian dalam konferens kalian ini.

Serta mengharapkan dari Allah SWT agar Dia menerima dari kalian dan menjadikannya dalam timbangan kebaikan kalian dan menjadi langkah menuju penegakan Khilafah Rasyidah Kedua mengikut jalan kenabian.

Saudara dan saudari sekelian, terdapat banyak perkara yang dikongsi bersama di antara Malaysia dan Palestin.

Pertama, bahawasanya kedua-dua negara adalah negara umat Islam yang dibebaskan oleh orang Islam dari pemerintahan kufur satu demi satu sejak hari pertama daulah Islam.

Kedua, kedua-dua negara ini memiliki kepentingan yang istimewa pada perkara yang berkaitan aspek geografi dan spritual dan kedua-duanya berada dalam konflik dengan kuasa penjajah dan para salibiyin.

Ketiga, kedua-dua negara ini menderita oleh campur tangan luar yang ganas dan terjadi pemisahan beberapa bahagian dari tanah mereka yang membawa kepada tertegaknya dua negara kanser, iaitu Singapura dan Israel.

Keempat, kedua-dua kerajaan di Palestin dan Malaysia adalah kerajaan nasionalis. Kedua-duanya tidak berhukum sesuai dengan syariat Islam bahkan mengambil pendirian menghalang kembalinya Khilafah.

Kelima, bahawasanya wujud aktiviti dakwah intensif untuk menegakkan Khilafah di kedua-dua negara ini sebagaimana keadaannya dengan aktiviti dakwah yang serupa diseluruh pelusuk dunia Islam.

Sepertimana yang kalian tahu bahawasanya kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di Bandar Rahmallah di Palestin pada 2 Julai 2011 dengan bantuan Allah SWT dengan tajuk 'Kemenangan Revolusi Adalah dengan Perubahan Mendasar dengan mendirikan Khilafah'.


Tetapi ada dua perbezaan penting antara kedua-dua negara ini; Malaysia dan Palestin.

Pertama yang memberikan Palestin keistimewaan melebihi Malaysia. Sementara yang

kedua, memberikan keistimewaan kepada Malaysia melebihi Palestin.


Kedua-dua perbezaan ini adalah

Pertama, fakta bahawa Palestin adalah bumi yang disucikan disebabkan oleh Isra' dan Mi'raj sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran al-Karim pada pembukaan Surah al-Isra'

'Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.' (Surah al-Isra':[17]1)

Kedua, fakta bahawa Palestin terjajah secara mutlak. Manakala Malaysia adalah negara merdeka.


Saudara dan saudari, bahawasanya orang Islam di Malaysia, mereka tidak ragu lagi adalah lebih kuat dari saudara mereka di Palestin dan wajib datang dengan segera untuk menyahut seruan untuk menyokongnya yang diserukan oleh saudara mereka yang tertindas di Palestin serta membebaskan mereka dari penjajahan Yahudi.

Allah SWT berfirman:
'Dan sekiranya mereka meminta tolong kamu dalam agama, maka ia adalah kewajipan kamu untuk memberikan pertolongan.' (Surah Al-Anfal:[8]72)

Apakah yang kalian dapat lakukan untuk membantu mereka?

Maka siapa lagi yang menghalang kalian dari membantu mereka.

Barangkali apa yang kalian dapat lakukan adalah mengirim wang, doa, menunjukkan simpati kepada mereka, merasa kasihan dengan apa yang menimpa mereka. Tetapi ini tidak boleh menghilangkan penaklukan yang mencengkam mereka, bumi mereka serta tempat-tempat suci mereka dan tidak juga menjadikan kedua-dua kekuasaan, Abbas dan Hammas untuk memerintah rakyat dengan Islam atau setidak-tidaknya memberikan keizinan kepada para pejuang yang ikhlas untuk menegakkan khilafah, untuk mengadakan konferens atau keluar dengan bebas dalam perhimpunan atau Demonstrasi sebagai satu nusrah (membantu) Islam dan seruan kepada Khilafah.

Persoalan besar yang dikemukakan; kenapa kalian tidak mampu melakukan hal itu?

Dan jawapannya mudah sekali. Kalian wahai para kekasih tidak memiliki keputusan politik yang sesuai untuk melaksanakannya walhal pembebasan Palestin memerlukan kekuatan yang sebenar dan latihan yang baik, kelengkapan tentera yang lengkap, lalu melaksanakan arahan-arahan agar kalian bergerak di bawah panji
لا إله إلا الله محمد رسول الله


dan ini menuntut agar tiga halangan yang sangat sukar dapat diatasi untuk sampai ke sempadan Palestin.

Pertama, menjadikan keputusan politik dan ketenteraan yang sesuai.

Kedua, menghimpun kekuatan tentera yang diperlukan.

Ketiga, gerakan fizikal sebenar ke arah Palestin melalui jalan laut, darat dan udara.

Saudara dan saudari, sekarang kalian dapat menyedari dengan jelas betapa sukarnya kesukaran untuk sampai ke Palestin dan membebaskannya.

Bagaimana kalian boleh menjadikan kerajaan kalian mengambil keputusan yang sesuai kepada masalah ini?

Dan bagaiman kalian boleh untuk mengatasi kesukaran laut, udara dan darat untuk sampai ke Palestin dan apakah yang akan kalian lakukan jika kerajaan Singapura menghalang kalian untuk melalui negaranya dan bagaimana pula dengan pendirian Amerika dan Kesatuan Eropah dan juga NATO dan tidak lupa juga PBB dan si penjenayah Majlis Keamanan.

Apakah pendirian politik setiap kerajaan Indonesia, Sri Lanka, India, Pakistan, Afganistan, Iran, Iraq, Syria, Jordan dan lain-lain.

Saudara dan saudari, kenapa halangan ini berlaku ke atas kalian?

Jawapannya adalah kerana kalian sendiri juga merupakan bahagian terpisah dari dunia Islam.

Hali kalian pada perkara tersebut seperti halnya Palestin dan bahagian lain dari jasad Islam yang terpecah belah.

Benar bahawa Palestin hidup dalam hati kalian tetapi ini tidak cukup dan yang kami hendak adalah agar ia hidup di bawah kekuasaan Islam.. dan untuk merealisasikan tujuan yang suci dan besar ini wajib ke atas umat Islam bersatu di bawah satu panji,di bawah satu Daulah dan di bawah pimpinan satu Amir (Ketua)

Dan ini tidak boleh direalisaikan tanpa menegakkan Daulah Khilafah ar-Rasyidah Kedua mengikut metod kenabian.

Dimana saja di dunia Islam kemudian bahagian lain bergabung di bawah institusinya demi memulakan tugas membebaskan Iraq, Afganistan, Palestin, Chechnya, Kashmir dan bumi Islam lain yang dijajah hingga sampai ke Sepanyol dan Portugal di Barat dan mengembalikan Andalusia hingga kita sampai ke Timor Timur di Asia Tenggara dan Negara Islam bersatu, secara politik, geografi, ekonomi, spritual, masyarakat dan sebagainya.

Khilafah Rasyidah akan memikul dakwah Islam ke penjuru dunia yang lain melalui dakwah dan jihad fi sabilillah SWT untuk menyelamatkan semua umat di dunia dari kesengsaraan, kemiskinan dan penindasan, yang disebabkan oleh kapitalisme yang rosak

Saudara dan saudari, sebelum saya mengakhiri bicara kepada kalian ini, saya ingin mengulang harapan saya terhadap konferens kalian agar ia dapat merealisasikan kejayaan yang besar dan kami mengharapkan agar dua saudara kembar ini, Malaysia dan Palestin menjadi bahagian yang tak terpisahkan dari institusi Khilafah dalam masa terdekat.

Akhir seruan kami adalah segala pujian kepada Tuhan Sekelian Alam

Waffaqakumullah ra'akum wasadda alal haqqi khutakum.

Bolehkah Umat Memerangi Pemerintah Yang Zalim?

ARRAYAH.INFO, Selangor, 11 Ogos 2011- Jemputan Ke Forum Alternatif Fikrah Islam yang akan diadakan pada bulan Ogos 2011, bertajuk "Bolehkah Memerangi Pemerintah Yang Zalim?". 

Pelbagai persoalan yang melanda umat hari ini mungkin terjawab sama ada boleh atau tidak memerangi pemerintah yang zalim? 
  1. Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulama' sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadis-hadis yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan pemerintah atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan kaum muslimin.
  2. Namun, persoalan pemerintah yang tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan di kurun ini. Adakah pemerintah yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembagaan dalam masyarakat dan negara sekarang ini berada di jalan yang lurus?
  3. Apakah yang perlu umat lakukan sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam? Adakah diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin?
Tentulah sudah ada jalan yang telah ditunjuki oleh Rasulullah ('ala minhaj an nubuwah) dalam menghadapi masalah ini. 

Isnin, 4 Jun 2012

Panas!! UMNO Gadai Tanah Kerajaan Negeri..


Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual olehUmno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan. Tanah tersebut dikatakan telah 'dianugerahkan' oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan 'untung atas angin'.

Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit.

Demikian menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Hj Misran Serman (gambar) ketika ditemubual TVS hari ini.

"Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra.

"Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu," kata Misran.

Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada TVS bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Semakan TVS terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di Bandar Tanjung Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa oleh Misran sebelumnya.

Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah.

Manakala Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit.

Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit.

Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dalam syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd.

Misran yang juga merupakan anggota Ahli Majlis Tanjong Karang juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut.

"Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis.

"Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu," kata beliau lagi. ~tvs

UMNO RAMPAS TANAH PENEROKA DEMI KEPENTINGAN KRONI...



Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah.

Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.

Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat.
 

Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
 

Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit. 


Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam.
 

Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.
 

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?
 

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.
 

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2.
 

Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.
 

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.
 

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.
 

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?
 

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka.
 

Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?
 

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.
 

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?
 

ISA SAMAD MENGUTUK WARGA FELDA...



Wahai warga Felda...
Lihatlah...
Renungkanlah...
Betapa pengerusi kamu yang tak cukup inci itu menghina kamu...
Sudahlah menghina, tak mau mintak maaf pulak...
Masa jadi menteri besar Negeri Sembilan pun sama je perangai dia...

Apa lagi nak tunggu?
Port Dickson dah lama tunggu...
Selat Melaka punyala luas...
Kah kah kah...

Tak paham lagi?
Kah kah kah...
Kah kah kah...


Tan Sri Isa Samad menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau selaku ketua peneroka pada satu majlis di Negeri Sembilan pertengahan bulan ini.

Isa (gambar) yang mengetuai Felda sejak setahun lalu berkata, beliau tidak peduli dengan ugutan Shamsuddin yang mahu beliau meminta maaf dalam masa 14 hari atau menghadapi tindakan saman.

“Saman-menyaman ini adalah perkara biasa. Ada anak saman ayah, dan macam macam saman di mahkamah. Saya tidak gentar jika beliau mahu saman saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas majlis taklimat Presiden Umno di sini petang ini.

Shamsuddin, yang juga ahli lembaga pengarah Felda memberi masa 14 hari kepada Isa yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah 12 November lalu.

Shamsuddin berkata kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu dia”, tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

“Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai “Pas Sam” tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.

Shamsudin , 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

“Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan,” kata beliau lagi.

Menjelaskan taklimat presiden, Isa berkata Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli-ahli Umno bersatu menjelang pilihan raya umum ini.

Katanya, beliau mahu BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-13 sambil mengetepikan kepentingan diri jika tidak terpilih sebagai calon...

PENEROKA DIJADIKAN KORBAN REGIM B.N.



Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memandang serius akan kenyataan terbaru Pengerusi FELDA Isa Samad yang menggambarkan bahawa penyenaraian FELDA Global Venture Holding (FGVH) akan tetap diteruskan meskipun selepas kegagalan mereka mendapatkan konsensus daripada warga Peneroka berikutan Perintah Mahkamah Tinggi Kuantan sehingga membawa kepada pembatalan EGM pada 22 Februari lalu.

DMPP menyifatkan kenyataan, hasrat dan tindakan Isa Samad (gambar kanan) ini sebagai angkuh, gelojoh dan tidak menghormati warga Peneroka.  Sewajarnya Isa Samad mengambil pendekatan serius untuk menyantuni kebimbangan serta ketidakjelasan para Peneroka sebaik mungkin bukannya merangka pelan baru dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang kononnya 112,635 orang peneroka akan mendapat faedah langsung daripada penyenaraian FGVH.
 

DMPP percaya bahawa isu berkaitan Penyenaraian FGVH ini akan terus membingit dan mengancam masa depan warga Peneroka akibat kegagalan Pentadbiran Regim dalam melakukan suatu tindakan yang benar-benar meletakkan kepentingan rakyat itu didahulukan melebihi daripada cita-cita besar Regim untuk memperolehi wang segera bagi tujuan Dana PRU13 Regim UMNO Barisan Nasional.  Seterusnya menjadikan warga Peneroka sebagai korban kepada nafsu besar dan ketidakupayaan Regim untuk mengurus tadbir negara ini dengan baik amnya dan FELDA itu sendiri khususnya.
 

Janji transformasi dan penambahbaikan FELDA seperti yang dilaungkan oleh PM dan Isa Samad sebenarnya hanya boleh kita sifatkan sebagai slogan kosong!  Tanpa isi, tanpa makna dan tanpa keinginan serta kesungguhan politik yang jelas melainkan "impian kesenangan-kemewahan kepada golongan yang selama ini hidup susah" melalui apa yang Regim sebut sebagai "Durian Runtuh".
 

Hakikatnya "Durian Runtuh" ini adalah bayaran "
 One Off" selepas para Peneroka seolah menggadaikan masa depan mereka kepada Regim bilamana menyetujui penyenaraian FGVH kelak.  Kadar Dividen KPF (antara yang tertinggi dalam Koperasi di Malaysia) yang para Peneroka perolehi selama ini akan hanya tinggal menjadi kenangan manis yang mungkin sukar untuk diulang semula, impak selepas penyenaraian.  Apatah lagi kredibiliti FGVH itu sendiri sangat boleh dipersoalkan selepas kita difahamkan FGVH pernah kerugian lebih RM500 juta, 2007-2010 dalam pelaburannya di luar negara.

DMPP menyifatkan janji "Durian Runtuh" ini sebagai satu lagi projek Regim BN dalam meneruskan kelangsungan memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya kelompok marhaen.  Walau bagaimanapun, DMPP percaya warga Peneroka kini merupakan generasi yang lebih bermaklumat dan tidak mudah untuk tewas dengan janji manis pihak Regim.
 

Sehubungan dengan itu, DMPP menyambut baik usaha dan hasrat NGO ANAK dalam memobilisasi Gerakan Selamatkan FELDA (GSF) yang akan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Negeri-Negeri bagi memohon perkenan Tuanku Sultan untuk campurtangan supaya Tanah FELDA Plantation di negeri masing-masing tidak dipajak kepada FGVH.
 

DMPP juga menyokong penuh hasrat ANAK untuk menyerahkan Memorandum Cadangan bagaimana tanah seluas lebih kurang 360,000 hektar di bawah FELDA Plantation (yang kini kosong tanpa peneroka) boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada Kerajaan Negeri.  Hasrat ini sesungguhnya selari dengan matlamat asal lebih kurang 55 tahun yang lepas ketika rancangan tanah FELDA itu dibuka dan dibangunkan.
 

DMPP meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk turut memberi perhatian dan mengambil tindakan wajar selari dengan Kuasa-Kuasa Kerajaan Negeri berhubung tanah rancangan Felda sepertimana yang diperuntukkan dalam Group Settlement Areas Act (Akta Tanah Penempatan Kawasan Berkumpulan), 1960.
 

DMPP menyedari betapa sehingga kini hanya Kelantan yang memberikan respon positif dan solidariti terhadap perjuangan para Peneroka melalui kenyataan rasmi Husam Musa sebelum ini.  Justeru, DMPP mencadangkan agar Selangor dan Kedah turut dapat memberikan perhatian yang sama dalam usaha kita membantu rakyat di semua peringkat.
 

Akhirnya, DMPP ingin menegaskan bahawa penyenaraian FGVH akan membuka ruang kepada orang luar (bukan bumiputera) menjadi pemegang saham; sekaligus menjejaskan kepentingan hak Melayu atas FELDA yang telah wujud sejak tahun 1956. Polisi FELDA seterusnya akan ditentukan pula oleh "orang luar" tersebut dan tentunya ini suatu yang sangat malang kepada orang-orang Melayu yang selama ini telahpun tertipu dengan dakyah pembohongan Regim UMNO bahawa kononnya mereka adalah "Pelindung" kepada orang-orang serta kepentingan Melayu.  Hakikatnya, Regim inilah yang telah banyak melakukan kerosakan terhadap masa depan serta kepentingan orang-orang Melayu dan Islam dalam negara ini

KENAPA NAJIB TAKUT PECAT ISA SAMAD????????


kah kah kah
Ade berani ka Haji Najib
Peneroka Felda beri Najib kata dua, 
Isa Samad atau undi
kah kah kah
Najib kena terima resiko nampaknya
Kehilangan undi atau
Rahsia di port dickson terbongkar
kah kah kah kah

KUALA LUMPUR, Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.

Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.

Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.
Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.

Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.

Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata kenyataan media itu.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.

Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.

Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.

Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa.

Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”

Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri.

“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,”