Pelbagai persoalan yang melanda umat hari ini mungkin terjawab sama ada boleh atau tidak memerangi pemerintah yang zalim?
- Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulama' sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadis-hadis yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan pemerintah atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan kaum muslimin.
- Namun, persoalan pemerintah yang tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan di kurun ini. Adakah pemerintah yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembagaan dalam masyarakat dan negara sekarang ini berada di jalan yang lurus?
- Apakah yang perlu umat lakukan sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam? Adakah diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan